Friday, November 5, 2010

Balik kampung!

Salam

Macam status FB Ijat, 'kembali ke tempat asal yang paling indah' memang heaven! Selamat Ber'deepavali ye rakan2 yang menyambutnya. Hows life? So far ok. Cuma kadang2 tu adalah down juga. Biasalah kehidupan kan. Bila hari bekerja, rutin hidup aku dah macam robot. Rupanya beginilah rasanya jadi robot. Haha.. bangun pagi, mandi, solat, siap segala, terus pecut ke stesen LRT. Tunggu LRT, naik LRT, sampai tempat kerja. Breakfast, dan 8.45 am ada morning briefing. Around 9.15 am start kerja. Tekan2 keyboard, ngadap com sampai 12pm. Makan time! 5.45 pm sign out! Around 7.00 pm sampai rumah, mandi, solat, basuh baju, iron baju, tgk tv, kunyah2 apa ada, around 10.00 pm mata dah start ngantuk, landing2 atas tilam, mesej2 (kalau ada org utk di mesej) - tp dah jarang, dan mesej slalu tergantung sebab aku tertido. sori! ;p dan pastu tidur! Ohh ye, sambil ngadap com tu adalah juga sembang2, bosan ler kalo duduk terus je buat kerja. Dan nasib baik juga, mereka semua peramah lagi suka buat lawak. Ye, makcik2 akak2 dan pakcik2 lawak. Keh2.. walau macam mana pun, so far ni ok lah. Cuma kalau diikutkan hati, memanglah aku sangat2 nak kerja dengan something yang relate to agriculture. Tapi x tahulah rezeki tu bila akan datang.


Kalau ditanya mencabar ke x? Memang la mencabar. Macam2 benda kat dunia ni adalah mencabar. Luckily I got a supportive ayah. Aku ada pendapat dan pendirian sendiri. Bagi aku, since aku baru je habis belajar, mana2 offer yang ok memang aku redah. Dan sekarang lah situasi yang aku redah tu. Perit tu memang perit. Everything kena handle sendiri. Itulah sebenarnya yang aku mahu. Kerana aku sendiri mahu mencabar sekuat mana mental aku menempuhi segala cabaran dan dugaan yang datang. Aku akan rasa bosan dan cemburu pabila melihat mereka2 yang mampu berdiri dengan sendiri walaupun jauh dari keluarga. Ya, bukan senang. Lagi2 bila kau adalah seorang anak yang yang rapat dengan keluarga. Cuma itu semua akan jadi pengalaman berharga bagi aku. Segala perit maung yang pernah aku tempuh tika aku memulakan kerjaya pertama di tempat orang. Sekarang aku perlu melalui tempoh2 kritikal alam pekerjaan. Walau aku tidak 100% minat dengan apa yang aku lakukan kini, aku telah cuba untuk ikhlaskan hati ini dan buat sebaik mungkin kerana ini semua akan menjadi pengajaran dan pengalaman berharga buat diri aku kelak.


Walau hati ini adakalanya gundah, rapuh, namun aku gagahi jua. Dan aku masih berdiri menempuhi liku-liku kehidupan yang sarat dengan seribu satu cabaran. Terima kasih Ya Tuhan.

2 comments:

En iLham said...

aku doakan ko akan dapat pengalaman terbaik di tempat kerja yang pertama ni. insyaAllah semuanya akan ok. ko kan kuat!!!...

faRahAdILa said...

huhu.. tq syamil! aku pn doakan ko berjaya menempuhi final exam ni. gud luck 4 ur fyp! :)