Sunday, November 28, 2010

Rasa ini

Manusia mencipta kenangan tanpa disedari. Dan kenangan itulah akan tersemat abadi dalam ingatan. Mungkin indah dan mungkin juga tidak. Senyum tawa, duka pahit derita cerita lalu bakal menjadi silibus baru dalam sebuah kehidupan. Jika tidak merasa, maka tidak tahu. Jika pengecut, maka gagal lah untuk meredah menembus tembok kepayahan yang dalamnya sarat dengan cabaran dan dugaan. Itulah dia rencah, suka duka kehidupan. Tiada yang mudah.


 

Dan bilamana sepasang insan diberikan sebuah perasaan oleh Yang Esa untuk mengasihi antara satu sama lain, maka hargailah ia. Dan pada itu juga, usah diratapi kisah perhubungan semalam yang telah terkubur, dan usah juga terlalu riuh gembira dengan perhubungan yang baru terjalin. Kuatlah hati menempuh segalanya kerana jodoh itu rahsia Allah.


 

Ini hanya secebis rasa yang lahir dari hati buat ingatan untuk diri ini.


 

Sekian.

No comments: