Friday, November 19, 2010

Raya korban!

Salam

Sebelum apa-apa, aku nak ucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya tegarkan hati untuk beraya haji di perantauan. Ceh! Macam la jauh sangat kan. Bukan x nak balik, bukan x boleh apply cuti, tapi aku simpan cuti untuk hari lain (khas untuk projek baik punya). Tambah lagi, bila aku mengenangkan ramai kawan2 di UPM yang tak pulang beraya disebabkan final exam, maka aku pun join lah sekali. Malam raya, melepak kat Taman Warisan Putrajaya makan roti John bersama bedmate tercinta, Azi. Masa tu Azi ada masalah jiwa (haha!) pastu aku pun pe lagi, "Jom kita kuar! Bagi tenang sikit jiwa raga ko tuh." Lepas makan, kami balik kolej dan bermalam di bilik Azi. Apa rasa di hati? Bohong kalau aku cakap aku x rasa pape. Meleleh la jugak kan. Muka je nampak kering, tapi hati basah. Alahai Farah! Oh, esok tengah harinya, Bedah datang bawak ketupat, rendang, kuah kacang bersama muffin comel. Rejeki!! Kenyang perot senang hati. Hehe.. Alhamdulillah!


 

Sekarang hidup dah stabil sikit. Hati pun dah kuat. Dah x rapuh macam dulu. Alhamdulillah. Ya, kamu kena kuat Farah! Kalau kamu susah hati, hidup x menentu, confirm mak bapak kamu di kampung itu akan susah hati. Silap hari bulan, mereka suruh kamu pulang saja ke kampung halaman yang permai itu. Eheh.. nama kamu kan maksudnya 'kegirangan bersama' makanya kamu kena girang hati bersama semua orang. Bukankah kamu memang begitu orangnya? Kamu itu orangnya kan suka gelak. Menyegih saja bila terkenangkan perkara2 lawak. Entah hape-hape.


 

Rasanya banyak yang hendak diceritakan. Entah kenapa, idea itu kadang2 ia datang dan pergi. Ohh ye, Salam aidiladha ye rakan2.


 

Ok dah, tu je. Bye!


 

2 comments:

azi sweet said...

yayunk,t kite kuar lg eh...now i know, tempat di mana boleh menenangkanjiwa jika ada masalah jiwa adalah di....Taman Warisan Putrajaya...hehe

beb,neway semoga u sentiasa tabah n cekal k....

faRahAdILa said...

azi: yup, same goes to u! kuat2! :)