Wednesday, April 27, 2011

cinta mati

Beberapa hari ini aku terbaca bermacam artikel yang banyak melibatkan soal takdir dan ketentuan. Lebih spesifik lagi ketentuan dalam kehidupan.
“aku dah jumpa lelaki yang aku rasa confident nak buat suami, tapi akhirnya tu bukan jodoh aku, jodoh aku dengan orang lain. Kalau aku nampak pakwe ke makwe bergaduh, aku teringat zaman aku dulu. Buang masa je.” Lebih kurang macam tu la ayat yang aku baca.

Aku pernah juga diceramah oleh seseorang tentang semua ni.  Ya, ini semua ketentuan, takdir Allah Yang Maha Esa. Bagi aku, tak apa kalau korang nak bercinta bermati-matian sekalipun, bercintalah. Kalau tak, tak rasa kan? Tak ada pengalaman.

Masa aku kat matrik, kawan aku cakap ada kes student cuba untuk bunuh diri dengan mengelar pergelangan tangan beliau. Masa tu, rumate dia ada dan nampak kejadian tu dengan mata sendiri. Akhirnya, kedua-dua student tersebut quit blaja terus. Yang cuba nak bunuh diri tu suka hati la kan nak quit ke apa. Yang kesiannya kat rumate dia. Sebab rumate dia yang menyaksikan dan terus fobia sampai teringat2 lalu x boleh study. Huu.. aku x tahu lah sejauh mana kebenaran cerita ni. Mungkin berlaku tapi x nak kecoh.

Setakat ini, aku masih belum rasa untuk cinta bermati-matian sebab aku rasa x perlu. Bercinta biar berpada-pada. Tak perlu la kau nak control pakwe ke makwe kau untuk setiap benda. “abang, sayang nak pergi Mines ni” “ok sayang, balik sebelum maghrib tau” apa kes? Lelaki tu dah jadi suami kau ke? Bila gaduh “ok, lantak kau lah nak pergi mana pun. Ada aku kisah?” bak kata Nabil, “LU PIKIR LA SENDIRI”

Tang rasa sakit bercinta tu normal lah. Aku pun pernah rasa. Kah2. Bila duduk sorang2, aku terfikir balik dah cukup ke amalan aku dengan Allah sampai nak sedih2 tak dapat cinta manusia. Sudah lah, boring cerita hal2 camni. Jodoh tu Allah dah tentukan untuk kita. Ajal maut juga.


Tu la, kalau layan novel, jangan asik novel air mata, jiwang karat tak tentu pasal. Cari novel ilmiah sikit. Aku pun sudah boring novel jiwang karat tak tentu pasal nih. Setakat ni, bagi aku la, Hlovate tetap best. Bukan takat sempoi dalam penulisan, banyak unsur agama dia tulis dalam novel dia. Tang tu aku suka. Next aim, Contengan Jalanan!!

Ok dah, bye! 

No comments: