Thursday, April 28, 2011

Sila jangan biadap


Assalamualaikum.

Apa korang rasa bila kena maki? Bengang? Marah?
Tadi petang, aku call CIDB Johor untuk hal pertukaran nama bagi lessen company apak aku. Aku susun ayat sudah cantik, sudah elok aku tuturkan. Apa aku dapat adalah suara yang melengking. Jahanam. Kau dah la cakap x clear. Bila aku suruh ulang apa yang kau cakap, kau melengking suara dekat aku. Biadap punya perempuan. Dah la arini aku puasa ganti. Kurang pahala puasa aku!



nak macam ni ke? huh

Apa yang aku perasan dari dulu adalah, kakitangan kerajaan, penjaga-penjaga kaunter, operator telefon, amat susah untuk bercakap dengan sopan lagi berhemah dengan pelanggan seperti wanita muda macam aku, orang tua yang dah blur atau apek2 yang x fasih cakap melayu dan warga asing. Kenapa jadi macam tu? Especially, kerani2 atau pegawai2 kerajaan yang kerek tahap tujuh petala langit. Kau ingat kau keje gomen tu dah hebat sangattttttttttt? Please ya, walau hebat mana pun kau, please hormat manusia sejagat. Kau nak orang lain maki kau? Maki mak bapak kau bila diorang dapatkan khidmat di mana-mana kaunter? Kau x nak kan? Jadi, be nice to other people.

Ni lah masalah nya, kerajaan sibuk kecoh video sex si ketua pembangkang tetapi ada diorang kisahkan masalah tatasusila kakitangan kerajaan sedia ada? Orang kena sawan tengah jalan, call ambulans dan dekat 1 jam baru ambulans sampai. Orang yang kena sawan itu sudah boleh bangun dan berjalan, baru ambulans sampai. Ini pengalaman aku beberapa minggu lepas. Kesian pakcik tu. Dua tahun lepas, waktu adik aku accident, klinik kesihatan sangat lah dekat, dan aku sedia maklum klinik kesihatan tersebut memang ada ambulans, ada diorang ambik kisah accident yang berlaku 300meter dari klinik kesihatan tersebut? Tidak ada.
At last, kawan adik aku sendiri angkut dia terus pergi specialist. Aku bercakap dari pengalaman. Ni lah yang dikatakan Malaysia ini adalah negara yang mempunyai infrastruktur kelas 1 tetapi mentalitinya kelas 3.

Maaf jika ada yang terasa kerana mungkin anda adalah kakitangan kerajaan, kerani kaunter atau operator telefon. Apa yang aku maksudkan di atas adalah segelintir makhluk perasan hebat. Tidak semua. Aku yakin masih ramai yang bertatasusila di luar sana.

Ok dah, bye!

3 comments:

butik idaman anda said...

salam...saya sangat setuju ...boleh sharekan kat fb?

Farah Abdullah said...

ws. share? hehe. terpulang.

ashiekien said...

setuju sesangat......best la part 7 petala langit tu...hehehhehehe