Sunday, April 3, 2011

Weekend di Serdang

Assalamualaikum.

Just come back from UPM tercinta. Hehe. Nice weekend with them! Ahaa thanx a lot to Rai, Nad, and Syila for the belated birthday cake. Haha. Nak tau apa diorang tulis atas cake tu? "happy birthday Joyah, we luv you." Mula2 aku x dapat cam apakah yang ditulis, macam bukan nama aku. Ditambah lagi dengan kesamaran cahaya lampu neon kedai makan tersebut. Keh2.

JOYAH? Waduh2.. x boleh blah Nad ni. Padahal dia pun sama Joyah. Ahh semua memang Joyah. Mana ada kawan2 aku yang x joyah. Haha. Melantak chicken grilled memang tip top. Kebuntat! Ditambah lagi cerita2 hot masa kini. Emm hal BF lah, hal itu lah ini lah. Aku sengih je bila tiba part BF. Cakap apa yang patut. Hurmmm..


 

Lepas tu lepak bilik Azi. Juniors bilik Azi memang riuh rendah. Friendly gila walaupun dengan strangers macam aku. Haha. Jumpa Masitah. Lagi macam2 topik dibualkan. Sampai sekarang, ada satu ayat yang tersemat dalam otak aku. "kalau bercinta, couple sekalipun, kau bagi 30% tu dah cukup. Selebihnya kau bagi dekat Dia, mak bapak kau, kawan2 kau, dan bersedia untuk berdepan dengan sebarang kekecewaan". Canggih tak? Hehe. Masitah cakap kata2 tu dia baca dalam satu buku motivasi. Automatic kepala otak aku pun terus tangkap kata2 tu dan simpan kemas2 dalam kepala otak. Peace!


 

TBS dah macam airport wei. Berapa juta habis oi untuk buat terminal bus semata. Ada pro and cons. Papepun memang la comfortable lagi syiok sebab ada aircond, x panas macam kat Puduraya dan Bukit Jalil. Heh.


 

p/s: dalam bus aku td ada sorang pakcik ni. Mata dia x nampak. Pakai jubah serta kopiah, bawak anak lelaki (around 4 years kot). Dia beli 1 seat je. Nasib baik bus x penuh, so dpt la dia dan anak dia duduk seat double. Masa benti kat petronas, pakcik tu tanya anak dia, "kat mana ni dik, tanya org dik ni kat mana". Anak dia jawab, "kat pam minyak, bus dah jalan dah". Time tu bus benti isi minyak. Masa bus nak belok ke Jln Rogayah (menghala ke bus stand) pakcik tu ckp "nak sampai dah ni".

= pakcik, walaupun pakcik x nampak, tp hati pakcik terang. Anak pakcik pun baik. X ada main jerit2 all the way from KL-BP. Semoga pakcik tabah melalui hari2 pakcik. (sayup hati aku tgk mereka).

May Allah Bless.


 


 

3 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

kesian pakcik tuuu... huhu

nuyuEna said...

pergh!ayt dari masitah kosmate sy ke tu..?ke yg mane..?ayt best..nk pinjam ah!

Farah Abdullah said...

paani: tau xpa. mmg kesian.

aina: aah masitah kosmate kamu la. sila2. ;)