Wednesday, November 16, 2011

HPV Vaccination


Assalamualaikum.

Kesihatan. Health. Berapa ramai yang ambil kisah pasal kesihatan? Golongan muda khasnya. Saya boleh jamin, hanya segelintir sahaja yang mengambil kisah akan soal kesihatan di kalangan muda mudi. Contoh paling mudah, berapa ramai yang ambil tahu akan kandungan kolesterol, gula, dalam pemakanan mereka. Berapa ramai yang mengambil kisah akan langkah pencegahan penyakit. Baru-baru ini di tempat saya belajar, telah diadakan satu kempen suntikan. Suntikan HPV, Rubella, Hepatitis A dan B.

Saya telah membuat keputusan untuk mengambil suntikan HPV. Apakah HPV? Sila google untuk jawapan lebih tepat. Saya hanya mampu menerangkan sedikit sahaja. HPV vaccination adalah suntikan yang diberikan percuma oleh kerajaan Malaysia kepada gadis yang berumur 13 tahun bermula tahun 2010 kalau tak silap. Seperti yang anda sedia maklum, kanser serviks adalah kanser kedua terbesar yang menyerang wanita selepas kanser payudara. Jadi amat digalakkan para gadis sekalian untuk mengambil suntikan tersebut.

Kos bagi satu dos suntikan adalah RM145. Harga ini adalah harga promosi yang ditawarkan di tempat saya belajar selama satu minggu ini. Jika harga di luar, saya kurang pasti. Ada rakan yang mengkhabarkan ianya mencecah RM300 untuk satu dos suntikan. Apalah salahnya jika anda mengeluarkan sedikit wang untuk masa depan anda. Jika anda mampu membeli baju cantik2 untuk dipakai ketika hari raya, majlis kenduri kahwin, pasti ada juga mampu untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk tujuan tersebut.

Suntikan HPV ini hanya untuk mereka yang belum pernah berkahwin atau belum pernah melakukan hubungan seks. Berdasarkan rujukan dari teman yang mengambil jurusan perubatan, beliau menyatakan bahawa suntikan ini tidak akan memberi sebarang kesan pencegahan kepada mereka yang pernah melakukan hubungan seks.

Hanya sekadar info. Wasalam.

3 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

wah.aku pun nk suntik gk ni farah. tp kne cr uwang dlu ;D

-Aida Ismail- said...

msih trgt ..ms aida jd cikgu dlu,kn bawak bdk g bilik kesihatan tuk HPV injection nih..then ade satu budak nih..balik kelas,pucat nak giler arhhh..xpasai2 kena usung lak bwk msuk blik tu smla..hihi

Farah Abdullah said...

poni: nti dh ada uwang, anda juga blh mendapatkannya.

nekku: really? mst bdk tu takut akan jarum dan sewaktu dgnnya. hehe.