Sunday, December 18, 2011

Menukar ‘pakaian’ baru

Terkadang aku terfikir mengapa manusia tidak habis-habis usahanya menyusahkan orang lain? Membebankan orang lain? Menyaratkan fikiran orang lain dengan masalah sendiri. Adakah itu kejadian semulajadi dirinya? Aku sukar mengerti. Sukar ditakrifkan apatah lagi untuk di'iyakan'. Ah manusia. Semenangnya sukar untuk dimengerti.

Kalian boleh menghina aku tapi kalian jangan menghina mengutuk atau mencaci apa sahaja tentang keluarga aku atau orang-orang yang aku sayang. Aku ini bukan pendendam. Aku sedar Islam tidak pernah mengajar aku akan berhati kotor.

Moga kau yang di luar sana, berubah untuk sebuah kebaikan yang hakiki.

Tuhan itu sentiasa ada untuk kau.

Aku gusar dan kadang-kala risau jikalau aku sukar mengawal penghormatan yang sepatutnya aku berikan pada kau kerana aku sedar aku ini muda dan kau lebih tua.

Please stop doing all those rubbish things. I am sick of it! Tukarlah 'pakaian' yang sedia ada kepada 'pakaian' yang baru.

No comments: