Wednesday, December 14, 2011

Sekadar selingan

Assalamualaikum.

Situasi tak berapa nak best sedang dihadapi. Stress ke? Dah biasa. Tapi semua orang tak suka stress kan? Last week aku cirit-birit dan demam yang agak teruk. Memang dugaan. Time aku sakit tak dapat pergi kelas la Prof nak habiskan silibus lalu memutuskan bahawa next week adalah FINAL EXAM. Ye, final exam. Sekian harap maklum. Tapi aku buat cool. Konon cool sebab aku tahu budak2 lain lagi la dengan seminar diorang bagai. Aku? Aku pun sama. Assignment extension menggila. Banyak. Aku cuba positif sebab aku tahu kesannya di masa akan datang. OK Prof, I'll take the challenge. Lantak ah kena bambu dalam kelas yang kecik seramai 9 orang tu ke hape ke. Aku redha. Dalam kelas kami dilabel orang muda yang seperti masih kekurangan ilmu, tak pernah bekerja. Sounds like boleh membangkitkan kepanasan telinga tapi cuba rileks. Ye kami orang muda, masih belum cukup ilmu, pengalaman hidup tapi aku pernah bekerja. Bekerja demi mengutip secebis pengalaman yang pernah mengundang pelbagai episod pahit manis dalam kehidupan selama 4 bulan itu. Oh terima kasih Tuhan untuk pengalaman itu.

Tadi aku tiba-tiba terfikir, kalau aku kawin, aku ditakdirkan beranak time belajar, anak aku mesti bijak kan? Patut la mereka yang kawin masa belajar ni agak efektif. Anak2 mereka juga kelihatannya bijak. Ah sudah. Tak payah nak berangan lebih. Kang belajar ke mana rumahtangga ke mana. Aku masih belum sedia. Hanya hati berkata-kata. HEHE.

Ok dah, wasalam. Doakan aku dapat 4.0 sem ni. Amin.

4 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

amin... :)

faRahAdILa said...

tq poni. :)

nekku said...

lets get married!hehehe..u can do it!sure u'll..

faRahAdILa said...

nekku: jomm!! yeahh! haha.. insyaAllah. pray for me. tq nekku. :)