Monday, April 9, 2012

Kursus kawin. Seriously?

Assalamualaikum.

Bulan ini, bulan depan. musim orang kahwin. Kawan2 pun ramai yang akan meraikan hari bahagia mereka bulan hadapan. Alhamdulillah. Cakap pasal kawin, senang. Tengok orang kawin, best. Tapi bagi aku, kita kena tanya diri kita dahulu, kita dah sedia belum nak handle urusan hidup dengan orang baru. dah sedia belum untuk jadi ibu bapa yang mampu beri contoh teladan yang baik. bagi lelaki, dah sedia belum nak pikul tanggungjawab sebagai suami dan bagi perempuan pula, dah sedia belum nak pikul tanggungjawab sebagai isteri.

Bulan lepas, aku pergi kursus kawin. bukan aku nak kawin dalam tempoh terdekat ni, tak. tapi saja pegi sebab kebetulan tempat aku belajar tu ada buat kursus kawin. untuk student bayar RM60. kalau orang dah bekerja, RM70. Murah la kan. Kalau kat Johor, RM120. 2x ganda okeh. back to our topic, kebanyakan orang akan pegi kursus kawin bila lagi beberapa bulan nak kawin kan? betul x? tapi kan bagi aku, diri aku lah, aku rasa bagus jugak aku pegi awal dan mungkin banyak hikmahnya. sebab bila aku attend kursus tu, baru aku tahu, banyak lagi rupanya yang aku masih belum tahu. Jadi, aku bersyukur sebab aku pergi awal, dapat ilmu. Dalam hal rumahtangga ni macam2 perkara baru akan kita tahu. ye la, masa bercinta, kau x duduk serumah dengan dia, kau x mengadap muka dia selalu. Bila kawin, baru tinggal serumah, megadap perangai baik buruk pasangan kita hari2. Jadi, semua tu bagi aku perlukan persediaan.

Bak kata sepupu aku, jangan kawin cincai2. kau nak hidup dgn pasangan kau tu sepanjang hayat kau kat dunia ni. Betul. Tak ada orang yang kawin dgn orang yang dia suka semata2 untuk bercerai. ada? kau dah bercinta bagai nak rak pastu kau kawin dan nak cerai. mintak jauh.

oh ye, kalau pilihan keluarga? itu mungkin yang terbaik. aku x berani nak komen lebih2. memang dalam Islam sendiri x galakan pun bercintan cintun bagai ni. lebih baik kalau kau berkenan kat perempuan tu, selidik latar belakang dia, dan terus kau jumpa parents dia lalu berkata 'pakcik, makcik, saya berkenan dengan anak pakcik dan makcik. adakah dia sudah berpunya? kalau masih belum, saya minta izin untuk berkenalan dan merisik lalu menjadikan dia isteri saya' ada berani? ehehe. kalau berani, baguslah. alhamdulillah. anda memang gentleman! yeahh!

so far, bagi aku lebih baik pergi kursus kawin tu awal dan bersama rakan2 anda. kenapa dengan rakan2? sebab ustaz dan ustazah tu semua lucu2 belaka. maka bila mereka bikin lawak, kau ada kawan untuk ketawa bersama. ada kawan untuk bercakap tentang kemusykilan. ada kawan untuk kau mengarot sebentar bila tengah mengantuk. hehehe.

tapi, kalau korang jenis kuat baca buku2 ilmiah tentang hal nikah kawin, baguslah. pergi kursus tu mungkin just an additonal knowledge untuk korang. dan mungkin juga kerana ia wajib. heheh. aku dengar2 buku tebal AKU TERIMA NIKAHNYA tu banyak memberi input. so kalau ada banyak masa, mungkin korang boleh luangkan sedikit masa untuk menelaah dan menghadam isi kandungan buku tersebut.

sekian saja entry pasal kursus kawin. :) Peace!

3 comments:

malin_purple said...

makcik, g kursus kat mana? :)

faRahAdILa said...

Kt upm. kebetulan aku tgk portal pusat islam upm ada buat kursus kawin. trus daftar. :) cpt pegi!

DeEyA MaArUf said...

buku tebal hardcover kaler pink "Gerbang Perkahwinan" pon bagus gak untuk persediaan sblm masuk alam yg baru ni.. ak br beli kat bookfair ari tu..heheh
owh, btw, ak da berblogging balik.. tp kat wordpress plak.. *peace*