Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Monday, August 3, 2015

The arrival of our little precious, Arissa Mardhiah binti Mahsyuri

Assalamualaikum.


Ini kisah detik beberapa minggu sebelum kelahiran anak sulung kami, Arissa Mardhiah. :)

Waktu Arissa 7 bulan dalam kandungan, aku melapor diri di UMK, Jeli Kelantan. Keputusan besar yang kami laki bini buat untuk kehidupan ini. Husband aku terpaksa berhenti kerja di Kulim, Kedah dan follow ke Jeli. Sampai di Jeli, rumah yang kami booked utk disewa itu telah diberi kepada orang lain. Maka 2 hari lah kami duduk di hotel sebelum suami mendapatkan rumah sewa. Setelah mendapat rumah sewa, suami jugalah yg mengemas semuanya. Thank you, husband! You are just being awesome! Haha

Aku balik Batu Pahat masa kandungan dah 38 minggu. Confident je redah jalan jauh. Nasib baik x terberanak atas highway. Haha.. Dari Jeli, kami ke Selama dulu. Pit stop rumah mak mertua sebelum balik ke BP untuk beranak. Wahaa..

Due aku 11 Mei 2015, sehari sebelum 11 Mei tu aku pergi kencing, pastu aku tak tau air ketuban tu macam mana. Orang kata dia keluar tetiba. Masa nak kencing tu, x dan aku nak cangkung, dah keluar. So aku mcm blur2, ajak husband pergi hospital. Dan itulah kali pertamanya doktor melakukan penyiasatan terhadap bukaan serviks. Hoih boleh tahan sakit. HO yang buat bukan MO. Ok tak apa la part tu. Esoknya pakar datang cek, dia mcm ye x ye je aku ni. Betul ke air ketuban? sebab tak ada leaking lagi dah. Ok so boleh discharge dan diberi masa seminggu sebelum perlu menyerah diri jika tiada rasa sakit bersalin.

So pada 12 Mei 2015, lepas aku solat maghrib, tetiba aku rasa mcm 'pop' dan telekung basah. Wohaa inikah dia air ketuban telah pecah? Hah iya la. Sebab continuously leaking. Ok terus ke hospital. Sampai emergency, sementara tunggu wheelchair, terburai lagi air ketuban. Habis lencun kain aku. HAHA. Tunggu wheelchair bukan sebab aku sakit. Tak sakit lagi tapi aku x nak bergerak banyak sgt sebab for sure air ketuban akan keluar berlambak lagi. So sampai dekat labor room, HO cek bukaan serviks, katanya 3 cm. Before this kata pun 2 cm. So datang lah MO dan berkata dia mahu cek lagi sekali. Aku buat muka lemah betul la asik nak seluk2 nih. Hahaha. So MO kata still 2 cm dan dia godek2 katanya untuk bagi jalan buka lagi. Hoihhh

Esoknya pakar datang round wad dan dia kata if aku x ada rasa sakit sampai esok paginya, aku kena induce. So tak apa lah kan. Aku lagi suka cepat2 lah beranak. Esoknya jam 4.30 pagi nurse kejut nak cek CTG. Then suruh mandi siap, pukul 7 pagi nak masuk ubat untuk induce. Induce tuh masuk ubat ikut bawah ye. Kalau dah 3 kali induce, tapi bukaan x sampai 10 cm lagi, maka operate lah jawabnya. Jam 7 pagi aku diinduce. Tengah hari tu ada la rasa sakit2 sikit. Pastu husband dah x tahan nak lepak kat wad sebab dia demam. Dia kata nak balik. So ok balik lah. Then pukul 2 ptg, aku di induce kali kedua. Lepas induce kali kedua, setengah jam lepas tu aku dah menggelupur. Aku whatsapp beliau dan berkata tolonglah datang sebab dah x tertahan sakit ini. Then nurse panggil suruh buat CTG. Aku dah menggelupur masa buat CTG tu. Sampai branula tercabut dan CTG x boleh baca sebab aku dok guling2 sampaikan satu HO ni marah aku pasal aku pegang tangan dia kuat sangat. Takut patah katanya. HAHA. Ambik ko, bukan selalu aku ada kekuatan luar biasa ni.

Then HO cek, bukaan 3 cm tapi MO suruh tolak labor room terus. Aku cakap, aku x boleh jalan dah nak ke bilik, tolong tolak guna wheelchair. Dia suruh siap2, bawak pampers baby, kencing, tanggal selipar. Sampai bilik, aku nampak laki aku, lega gila. Tapi aku nangis sebab aku dah x boleh tahan. Sakit yang x tau la nak kata.

Kemudian terus ke labor room. Aku mintak air kat satu HO ni. Nasib dia bagi sebab aku haus gila2. Pastu aku suruh dia panggil husband aku masuk, dia kata x boleh. Tunggu bukaan besar baru boleh masuk. Hampeh betul la. Patut masa aku menggelupur tu la laki kena ada. Then aku berguling2 lah berseorangan dalam labor room. Sampai nurse kata, nak jadi ibu memang macam tu. Memang sakit! Aku dok berzikir doa Nabi Yunus, selawat dan macam2 lah sambil tarik nafas hembus nafas bagi kurang rasa sakit. Contraction makin kerap sampaikan dari aku mengiring dan nak terlentang pun x boleh. Sakitttttt sangattttt. Aku mintak epidural, HO tu kata x boleh. MO x bagi. Aku minta gas, pun diorang x bagi. Last sekali, diorang inject aku kat peha kot. Tak ingat sangat sebab masa tu aku dah menggelupur macam x ingat apa sgt dan aku juga mengantuk. Bila lepas cucuk tu, lagi ngantuk, macam mamai2. Tapi bila nurse panggil "Farah Adila, tengok ni betul tak suami awak?" Aku boleh sedar dan aku angguk. Lega sangat hati bila nampak husband dah ada kat sebelah. Pastu aku rasa dah macam nak terberak sangat2. Nak terberak taik keras. Haha.. tapi aku rasa tu lah kepala baby. Tak lama lepas tu bidan suruh teran! Maka aku teran tetapi terkeluar pula suara macam orang meneran. Bukan jerit ye. PAstu bidan marah. Dia kata jangan keluar suara. Pastu husband cakap kat telinga"Farah kuat, Farah kuat" Maka aku teran lagi dan lagi. Entah berapa kali teran x ingat. Haha. Bila dah keluar kepala baby, bidan suruh rileks dulu, tarik nafas dan teran lagi. Dan lepas tu lahir lah anak kami pada jam 5.30 petang 14 Mei 2015, beserta suara tangisnya dan diletakkan di atas dada aku, kemudian disuruh bapanya utk mengazankan dan iqamatkan pada masa tu juga. Aku nampak ada air mata kat mata husband aku dan dia ucap terima kasih. Time tu aku dah lemah sebab mengantuk, lapar. Tapi dalam hati kata 'eh aku tak kena gunting ke apa?' sampailah lepas uri keluar semua, bidan kata "ok, kita nak jahit ye" dan masa tu jugak bidan tu tanya HO tu dah berapa kali dia jahit. Bidan tu kata kalau macam ni, 10 minit je aku jahit. Maka bermulalah sesi menjahit dan pengajaran oleh bidan kepada HO. Orang kata sakit gila masa jahit, aku rasa sakit bila jahit kulit luar. Mungkin dah letih masa tu, so aku x layankan sangat perasaan jahit tu. Cuma bila jahit part luar tu rasa lah juga sakitnya. Hewhewhew

Setel jahit, aku disuruh rehat. Maka tertidur lah aku di labor room dan bila bangun aku dipakaikan pad dan disalinkan kain. Sebelum tu ada lagi sesi seluk oleh HO. Mungkin dia nak cek jahitan ke apa ke aku x tau lah. Buat je lah apa yang baik pun. Setel semua, aku dipindahkan ke katil lain utk ditolak ke wad. Sebelum tu aku diberi air milo + susu. 2 kali sedut je dah habis. Lapar oi.. air milo paling sedap lah masa tu. Haha..

Kemudian nurse prepare dokumen apa tah dan aku ditolak ke wad. Masa tu nurse tu cakap "senyap pulak awak lepas bagi injection tadi. Awak mengantuk kan lepas tu? bukan apa.. beberapa hari ni ramai nak beranak mulut bising. lagi2 foreigner dari Libya la, mana2 lagi la" aku sengih je masa tu. Dalam hati.. mak oi malunyaaa. Bising sangat ke aku tadi? Huarghh tapi wa sakit, wa dah x boleh tahan wo. So kiranya alhamdulillah aku sakit contraction x lama. Jam 3 ptg masuk labor room dgn bukaan 3 cm, dan jam 5.30 petang dah bersalin. Syukur Ya Allah. Terlalu besar pengorbanan seorang ibu itu.

Buat anakku, Arissa Mardhiah,
Ibu dan ayah sayang Arissa sangat2. You will never know how much we love you.

Alhamdulillah. Begitulah. Baru aku faham macam mana ibu dan ayah sayang kami adik beradik. Kasih sayang yang tak ada batasan.

Kini, Arissa sudah 2 bulan 2 minggu. Sudah boleh meniarap. Cubaan meniarap banyak kali tapi yang berjaya baru sekali ke dua kali macam tu. Kalau mengamuk nak susu masa baring, boleh angkat kepala sendiri padahal tengkuk tu blm kuat pun. Semoga Arissa membesar dengan sihat dan menjadi muslimat yang hebat. We love you, sayang. :)

Terima kasih Allah.
Terima kasih suami.
Terima kasih ibu & ayah.
Terima kasih semua.


Arissa Mardhiah bermaksud yang kuat, yang diredhai.


Love,
Happiness

Friday, August 17, 2012

Terawih terakhir Ramadhan 1433H




Assalamualaikum.

Malam ini terawih terakhir untuk tahun ini. Malam ini aku x dapat tahan air mata masa solat tadi. Sebelum solat, aku sembang dengan adik yang bawah aku. Aku tahu dia dah dewasa, pemikiran dia mungkin lebih dewasa daripada aku. Sembang punya sembang, semua benda kami cerita.

Bila aku selesai solat, aku ingat satu ayat dia, 'aku akan jaga adik beradik aku, kau jaga diri kau baik2 kak'. Buruk macam mana pun kita, adik beradik kita jaga.

Tiba2 aku terasa Ya Allah, terima kasih Ya Allah sebab Kau kurniakan dia sebagai adik. Aku x tau nak kata  apa. Speechless. Tapi aku sayang semua adik2 aku. Gaduh macam mana pun, akak sayang korang.

Akhir kata,
Selamat hari raya kepada semua. Ampun maaf andai ada silap dan salah.

Dah. Tu je. Bye.

Monday, September 5, 2011

Riang Ria Syawal 1432H

Assalamualaikum. Gambar sahaja. Kalau x nak tengok, boleh tinggalkan blog ini. Hehe.

Youngest cousin. Aqilah, Aisyah. Daughters of my youngest uncle, father's side.
Me. Testing with my bro Nikon DSLR. Haha.

The brothers. Fikri and Hanif.

Beloved friends. 

From left: Kak Odah-Nana-Me-Chek Put

Re-U + iftar with 5 SC 1, TIGS girls! 29 Ramadhan.

Thank u Allah for sending me these wonderful girls.

Beraya rumah Put. 3 orang pun jadilah. The others still busy. Sobs~

Thursday, July 28, 2011

Happy birthday bro!

Selamat hari lahir untuk manusia ini. semoga sihat selalu dan bahagia dunia akhirat. as a big sister, aku tadahkan doa yang baik2 untuk semua adik2 aku. moga sentiasa di bawah lindunganNya dan menjadi hamba yang beriman. thanx for everything sebab kau banyak bertindak sebagai big bro. nanti lah aku belanja indulgence ye.


manusia plg x kedekut antara kami 3 beradik. hehe.

Sunday, May 8, 2011

Dia yang aku panggil IBU

Assalamualaikum.

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU DISELURUH DUNIA!
Selamat Hari Ibu buat Ibu tersayang. I am nobody without u, ibu.

Yang masih menyediakan bekalan air jika aku mahu pulang ke kampus.
Yang membungkuskan makanan apabila aku membawa pulang makanan ke kampus.
Yang suka melihat anak perempuannya nan seorang ini pakai sopan dan cantik.
Yang menjadi pendengar cerita merapu anaknya ini.
Yang menjadi tukang bebel serta nasihat buat aku supaya menjadi perempuan sempurna.
SEGALANYA. EVERYTHING.

Seingat aku, hanya soal hati dan perasaan aku jarang berkongsi dengan ibu kerana aku segan. Mungkin belum masanya.

Mothers hold their children's hands for a short while, but their hearts forever.  




I LOVE U, IBU. THANKS FOR EVERYTHING.

Tuesday, March 29, 2011

27th March

Assalamualaikum.

27th March. Its my birthday.

Thank you for the wishes friends! 1 year ahead. Alhamdulillah.

My brothers bought INDULGENCE for me! How sweet they are! Haha. Thank you brothers! ILY!


While my ex-roomate, Azi Asminda, give me this. You are sweet OK!

Not to forget, Putri Sheena (my ex-classmate in TIGS) wish me a day before. Oh, my birthday is just same with her niece. Raihan! So cute!

Thanks to ALLAH.

Thanks for everything Ibu and Ayah. I know that I can't pay back on what you had give to me. From a small and tiny baby and here I am now. Love u so much.

Alhamdulillah.

Thursday, March 17, 2011

We love u

Ada yang berkata status aku di Facebook lain macam bunyinya. Macam orang kecewa bercinta. Tidak. Aku tidak bercinta dengan sesiapa pun. Status itu hanya kerana jiwa aku yang parah kerana kucing kesayangan hilang di bawah jagaan sebuah Klinik Haiwan semasa kami bercuti di Pulau Pinang.

Tidak semua orang akan faham rasa kehilangan ini. Walau dia hanya seekor kucing. Hanya mereka yang menyayangi haiwan kesukaan nabi itu sahaja yang akan faham. Percayalah. And I'll crying everytime I'm thinking of him. Doktor kat klinik tu nak bagi ganti rugi. But, we refuse. Its all about love. Kasih sayang x akan dapat dicari ganti. Macam seorang bapa kehilangan anak yang OKU dan dia amat menyayangi anak tersebut. Biar diberi seorang anak yang sihat lagi cantik paras rupa, pasti si bapa akan menolak. Dan kini aku sedar betapa peritnya rasa sebuah kehilangan. Kisah kanak-kanak hilang yang meruntun hati ibu dan bapa. Apatah lagi jika anak itu tidak dapat dikesan langsung jejak langkahnya.

Jika dahulu, aku adalah seorang yang tidak suka akan kucing. Aku geli. Sama seperti ibu. Tetapi lama-kelaman aku jatuh sayang dan kasih kepada haiwan yang bergelar kucing. Ini kerana ayah dan adik2 memang seorang yang sayangkan kucing.

KUNING, WE ALWAYS LOVE U. WISH U ARE SAFE WHEREVER U GO.

Masih dalam usaha menjejaki Kuning.

Wednesday, March 9, 2011

Hanif dan test 1


Assalamualaikum.

Tadi tengah2 aku kemas bilik, adik aku paling kecik yang aku panggil Anip terjah masuk. Terus landing atas katil aku.

"Adoi2 pening aku buat Add Maths"

"Ko dah kenapa? Baru sikit dah pening2"

Haa lepas tu mula sesi motivasi antara aku dan Anip.

"Kak, aku dah nyesal ni. Tadi aku buat test kimia cam apa je."

"tu la ko.. aku dah cakap kan form 4 jangan main2. Even PMR ko bagus, x bermakna SPM ko akan bagus"

Macam2 aku nasihat dia. Aku x mahu dia jadi macam aku dulu. Belajar banyak main. Akhirnya, fizik, biologi, kimia aku terbarai x dapat A. Mau x sedih. Nasib baik lah dapat masuk matrik.

"nanti aku ajar ko macam mana nak buat nota yang boleh buat ko senang faham"

"ok"

Tu je lah jawapan dia. Memang cool. Aku tengok dia belajar pun cool. Kadang2 macam rajin dari aku pun ada. Bagus lah. Jangan tiru perangai aku yang dulu tu.

Aku membesar memang dengan lelaki. Dua orang adik aku lelaki. Lain orang lain perangai walaupun adik-beradik. Kadang2 slumber cerita hal2 lelaki. Manusia bernama lelaki memang totally different dengan manusia bernama perempuan. Aku ingat lagi alasan ayah mengapa dia x bagi aku bercinta zaman belajar.

"kenapa ayah x bagi Farah main cintan2 zaman belajar? Ki (adik yg bawah aku) tu boleh. Ayah x kisah pun".

"Perempuan dan lelaki ni lain. Ayah takut ko putus cinta ke apa nanti, pastu ko emosi. Nanti belajar entah ke mana, bercinta ko tu lagi entah ke mana. Lelaki x emosi sgt macam perempuan".

Aku diam. Memang betul apa ayah cakap. Lagi satu bapak aku memang open cerita beza lelaki dengan perempuan. Banyak jugak ilmu aku dapat. Lepas tu bila aku baca buku "MEN ARE FROM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS" lagi macam2 aku dapat. Raidah yang rekemen aku baca buku nih. Korang try la baca.

Tengah2 aku menaip ni, Anip terjah masuk bilik aku lagi.

"kak, kawan aku kat High School dah fail 2 subjek utk 1st test. Hahahaha"

"Subjek apa fail?"

"entah, dia tulis kat FB"

"x apa, jadikan pengajaran utk 1st test ni"

"memang betul2 pengajaran"

Aku x tahu lah sejauh mana kata2 "betul2 pengajaran" yang Anip cakap tu. Harap2 lepas ni Anip dan kawan2 dia belajaq betoi2!! Banyak main korang nih! (Kakak borek adik rintik!) amik kau!


anip yg muda remaja. pagi raya 2010. haha. sempoi abis! entah apa2.

Dah tu je. Ok bye!

Wednesday, December 29, 2010

Selamat Hari Lahir Ayah!

Salam


27 Disember adalah hari lahir ayah saya. Selamat Hari Lahir Ayah! Having a supportive father is much appreciated. Ayah saya bukan orang pandai. Dia orang kampung. Tapi dia berani redah kehidupan. Macam-macam dia dah tempuh. Kadang2 saya rasa nak nangis bila dengar kisah lampau ayah yang sarat dengan cabaran dan dugaan (ah cengeng la ko). Sebab tu ayah x nak tengok anak-anak dia lemah. Dia mahu anak-anak dia kuat. Meredah kehidupan mengikut kemampuan. Selagi terdaya, kau redah. Macam tu lah.


Kadang2 saya manja. Saya sulung, dan saya seorang anak perempuan ayah. Ayah boleh baca apa dalam fikiran saya. Sejak saya sudah kerja, ayah kadang2 masih hulur duit. Saya x minta tapi ayah yang beri. Rezeki bukan? Hehe.. yelah, ayah mana x sayang anak? Dia tahu yang anak dia ni kadang2 sengkek x ada duit. Sayalah yang merantau duduk jauh dengan keluarga sejak tamat Form 5. Tercampak di utara, di tengah, dan Alhamdulillah saya masih boleh bertahan. Seorang ayah tidak akan sama seperti seorang ibu. Prihatin seorang ibu itu nampak jelas dan nyata. Tetapi prihatin seorang bapa, tersorok. Mereka lebih senang memerhati dan menegur dengan cara yang berlainan. Bila saya fikir-fikir balik, mampukah saya menjadi seperti mereka?


Terima kasih ayah untuk segalanya. You are the best father in the world. Ayah memang world!


bapak & anak

Thursday, September 9, 2010

Duyun2! SHRMZB! :)

Salam


Wah2.. dah nak raya kan? Terasa cepat sangat masa berlalu. Ibadah yang dilakukan terasa amatlah ciput. Entah lah. Berharap akan lebih baik untuk hari-hari mendatang. Amin.


Tadi kami ke BP mall. MasyaAllah ramainya orang! Berduyun2 shopping. Mungkin kerana harganya yang murah dan agak berpatutan. Sempat la sebat satu dress murah dan cardigan murah. J tengok kasut, macam x bernafsu sangat. Pasal kasut dah banyak kat rumah. Wedges masa pegi dinner aritu baru sekali pakai. So, pakai je lah apa yang ada. Tak baik membazir ye rakan2. Cuma, Cuma dan Cuma, sangat geram dengan handbag. Lagipun sekarang tengah usha handbag yang size besau2. Senang aku nak sumbat segala macam harta karun. Hehe. Actually tadi kalau ayah nak stay lama lagi, memang aku pulun cari sampai dapat. Tapi xpe, esok aku nak cari gak. Cari yang murah punya. Murah dan berkualiti lagi selesa lalu puas hati! Peace bebeh!


Esok mesti korang2 semua akan berhempas pulas bersihkan rumah. Bagi rumah nampak cantik dan bersih. Ye x? mana yang pemalas, confirm kena sergah dengan mak bapak masing2. Keh2..


Dan.. aku juga mahu mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat semua yang baca blog picisan nih. Merapu je lebih kan. Eh sukati la. Eheh. Ok2, mintak maaf kepada anda2 jika tulisan aku nih ada buat anda terasa. Mana yang rumah dekat Batu Pahat ke, Kluang ke, atau mana la, jemput la datang rumah chek. Okeh 0-0! Take care people! J

Thursday, August 12, 2010

nasib baik

salam


semua bloggers dah ucap Selamat Berpuasa. aku x ucap lagi ye? okeh, selamat berpuasa ye kawan2 semua. bila time sahur untuk 1st day Ramadhan, tiba2 aku terfikir, dah 4 tahun aku x sahur 1st Ramadhan dengan family. dan pagi tu ibu kejut aku bangun sahur, pastu terfikir lak nasib baiklah aku belum accept mana2 offer yang jauh2. kalau x, sure aku dah tertonggeng. haha. macam dalam novel 'Untuk Awak Teja Aulia', Aulia kata dia bukan anak manja, tapi dia berat hati untuk berjauhan dengan keluarga. itulah dia.


dan diri sendiri patut bangga kerana 4 tahun belajar di luar negeri kelahiran sendiri. oh ye, bukan luar negara ye. haha. ok lah Selamat Berpuasa semua.

;)

Friday, July 30, 2010

Apekah?

salam


Masih cinta pada bidang yang aku belajar dahulu. Rasa teruja bila tengok web Sime Darby, IOI, Genting plantation. Padahal x pernah terlintas dalam kepala nak ambil benda2 yang kait mengait pertanian before this.


Bila orang tanya apa tu PERNIAGAANTANI @ Agribusiness? aku cakap belajar pasal Pertanian dengan Perniagaan. Aku cerita lebih2 kang, kau malas dengar pulak. Tak pun, aku cakap je 'Pertanian adalah Perniagaan'. haha.


Kalau kita kena buat/ kerja benda yang kita x minat, macam mana eh? Hoho. Apa rasa kalau kita kena buat benda dengan hati yang berbelah bagi?


Ohh ye, happy belated birthday kepada manusia ini.



Adik aku. Hampir semua orang yang x kenal kami, akan kata dia adalah abang aku. Dulu kau sakit, ayah dengan ibu banyak berkorban. Kalau aku ingat balik semua tu, sebak beb. Kau jangan sakit lagi. Aku doakan kau sihat selalu. Migrain datang tu kau makan lah ubat, tidur dalam bilik gelap2 macam kau selalu buat. May Allah bless u bro!

Sunday, June 20, 2010

Ayah, selamat hari bapa!

Salam


Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di seluruh dunia. Bapak, apak, ayah, abah, papa, daddy, abi atau apa sahaja panggilan untuk seorang ayah.

Kepada ayah,

Selamat hari bapa. Ayah adalah bapa paling best. Tegas, kelakar, caring, tanggungjawab, penyayang. All in one. Terima kasih untuk segalanya. We love u ayah!


Aku sebagai anak perempuan, tidak banyak berkongsi soal hati dan perasaan dengan ayah. Aku segan untuk bercerita tentang perasaan kepada ayah. Tapi ayah banyak menceritakan tentang hakikat kehidupan sebenar seorang lelaki. Ayah rajin berkongsi fikiran tentang bezanya antara dua insan bergelar lelaki dan perempuan. Ayah bercerita tentang politik, tentang nasib bangsa, tentang kehidupan. Semuanya. Ayah sedarkan aku tentang kehidupan yang bukan selalunya indah. Ayah sering bercerita tentang kehidupannya di zaman kanak-kanak, di zaman ayah susah, di kala ayah melalui liku-liku kehidupan yang sukar dan segala cerita perjalanan kehidupan ayah yang umpama sebuah ceritera kehidupan yang begitu menginsafkan.

Kadang-kadang ada juga pendapat aku yang bercanggah dengan ayah. Mungkin ayah kurang memahami gelodak jiwa seorang anak perempuan. Walau apapun, aku tahu ayah sentiasa menyokong anak-anaknya selagi kami melakukan perkara yang betul.

Terima kasih ayah kerana mendidik, membesarkan, memarahi salah laku kami, bekerja keras membesarkan kami adik beradik, membawa kami berjalan melihat dunia, dan terima kasih untuk segalanya.

Selamat Hari Bapa.

Me & beloved ayah

Wednesday, May 12, 2010

ohh ibu! ;))

salam

walaupun hari ibu dah lepas, aku nak gak buat entry sempena hari ibu. jasa ibu memang tak terbalas. terlalu banyak. terima kasih ibu untuk semuanya.

Masa aku kecik2, memang aku suka main. suka sangat. aku jeles kalau mak org lain bagi anak diorang keluar main seawal jam 3 petang. aku?? ibu bagi aku keluar main pukul 5 ptg. x best laa kan?? haha.. masa orang lain dah pandai bawa motor, aku nak bawa motor jugak. tapi ibu x bagi. tunggu lepas UPSR! bila lepas je UPSR, memang aku tuntut. aku bawa motor, xda orang ajar. start enjin, masuk gear, press minyak, jalan! bila aku dah besar, aku fikir2 balik. nasib baik mak aku garang masa aku kecik2 dulu, kalau x, aku x tahu la apa nak jadi dengan aku. belajar dah la malas. tau main je. nasib baik jadi orang.


Masa aku sekolah dulu, ibu la orang paling gigih anta dan amik aku serta adik2 kat sekolah. time tu Hanif sekolah rendah lagi kat sekolah cina Sri Gading. Fikri pulak SMK Sri Gading. aku pulak kat TIGS. bila hari Jumaat, ketiga-tiga kami akan balik pada waktu yg hampir sama. so aku boleh kata ibu tawaf dari Sri Gading sampai la ke bandar Batu Pahat sebab nak amik anak2 dia punya pasal. Kalau ayah x bz, baru la ayah amik aku kat sekolah.


Bila aku belajar jauh, dah x duduk rumah, kalau aku teringin nak makan apa2 mesti ibu masakkan. memang best. ibu tahu anak dia kuat makan. suka makan. pernah ibu sound aku 'kat sana ko x makan ke farah? balik rumah dah macam pelarian' hahaha.. aku pun cakap 'kat sana makan untuk elak perut lapar. nak makan best, mana ada best. best pun mahal!! x sedap (tapi telan la jugak kan). so balik rumah adalah masa untuk aku meratah segala makanan yang ada. ohh agak pelahap di situ. xpe la. asalkan mak aku x risau. ibu akan risau bila aku lambat makan, x makan, sebab nanti akan angin satu badan. mula la sakit kepala, dan ntah hape2 lagi.

Bila aku duduk jauh gak, aku rindu nak dengar ibu bebel. mak mana x membebel kan. normal lah. membebel makna sayang. cuma lelaki dengan perempuan cara nya berbeza. kalau bapak, mana ada bebel2. cool suda. kan bapak kan? hehe..


terima kasih ibu for everything. im a grown up lady now. lady ke? apa2 la.. saya sayang ibu saya.

Saturday, February 6, 2010

selamat hari lahir ibu

salam

7 Feb: hari lahir ibu. Selamat hari lahir to my beloved ibu. sayang ibu. ibu penah cakap, selagi anak2 dia x habis belajar, selagi tu dia jadi 'driver' utk anak2. masa aku sekolah dulu, ibu la yg hantar pegi sekolah, pegi tuisyen. kalau bkn ibu, ayah yg hantar.

bila aku dah besar, aku rasa ibu jadi bestfren aku sebab macam2 cerita aku kongsi dengan ibu. seronok rasanya bila dah besar. masa kecik2 dulu, selalu kena marah sebab aku memang manusia degil. sekarang aku dah besar, dah x nakal dan degil macam dulu. terima kasih kat ibu sebab ibu garang masa aku kecik2 dulu. aku tahu ibu garang sebab ibu sayang aku dan adik2.

terima kasih ibu.

happy birthday ibu. semoga panjang umur, murah rezeki. may Allah bless. we love u.

happy birthday jugak kepada raidah mazuki and her mom. (mak raidah n mak aku share tarikh dan tahun lahir yg sama) haha... teruja bila tahu.

Wednesday, January 13, 2010

sedar tak sedar

salam

sedar x sedar, kita semua dah makin membesar. paling aku x sangka, adik aku yg last dah form 3. nak PMR dah. dulu masa dia kecik, aku tolong ibu jaga dia. kalau aku pergi keluar main, ibu jerit panggil nama aku. suruh aku balik. kena jaga dia sebab ibu nak buat kerja. huh! part paling aku x suka. tapi bila dah makin membesar, aku dah blah pergi matrik, pergi u, orang yang paling aku rindu adalah adik aku yang last. dia la manusia yang suka bergaduh dengan aku. bergurau bagai nak rak pastu gaduh. oh! how sweet u boy! haha..

bila suara dia dah garau, bila muka dia dah ada jerawat, aku rasa adik aku dah besar. dah boleh kalahkan aku kalau main gusti. haha.. sekarang, aku paling lembik. sebab aku dah x leh lawan tenaga dia. haha..

lastly...

Hanif, good luck for ur PMR 2010. all the best!!

Thursday, December 10, 2009

Beijing: 29/11-4/12

Salam

29/11-4/12 2009, my family and i had join a nice and great trip to Beijing, China.

weather: winter (day: 4 degree celsius, night: -4 degree celcius)

foods: ok la. but i miss Malaysian food badly. luckily we bring meggi, bahulu, milo together.

place visited: Great Wall of China, Tianmen Square & Forbidden City, Stadium of Olympic 2008 Games, Summer Palace, Jade Centre, Tea Centre, Herb Medicine Centre, Silk Centre, oh so much centre and not forgotten, shopping centre. ;)

really enjoy that trip. we met Faizal Ismail (FBI-hot fm) with his family there.

lets see the pictures of us,

Monday, June 22, 2009

sayang die....


salam
dlu aku x ske kucing. aku geli, takot, sume ade. tp skrg dh x, aku suke kucing ;)

dlm plastik! yeah pandai Kuning tgk camera!

tito lagik!

cumel...

kucing pun binatang kesayangan nabi. ayah penah ckp, jgn dihina binatang, kdg2 binatang pun boleh doakan kita. since tu, aku mula sedar. (except binatang liar, takot!) kalo kte bg mkn kt binatang, tu pun keje mulia gk. Haiwan pun makhluk Allah.


Friday, June 19, 2009

Ayah, Abah, Daddy, Abi, Bapak

salam...

Gelaran Ayah, Abah, Daddy, Abi, Bapak atau apa sahaja acapkali digunakan oleh seorang anak untuk memanggil bapa mereka. Ada orang yang langsung tidak rapat dengan bapa. Tetapi, saya ingin anda semua tahu bahawa mereka tetap bapa kamu. Seorang ayah atau ibu tidak pernah lupa akan anak-anak mereka. Sesungguhnya mereka amat mengasihi kita. Seminggu dua ini, bermacam-macam drama yang berkisarkan kasih sayang seorang ayah terhadap anak-anaknya sering ditayangkan. Mungkin drama-drama itu mahu menyedarkan kita yang kadang-kala leka dan lupa akan insan yang bergelar bapa.

To my beloved Ayah,
Happy Father's Day, Ayah! Semoga ayah sentiasa sihat, panjang umur, dimurahkan rezeki dan apa sahaja yang terbaik buat ayah. Terima kasih atas segalanya. Jasa ayah tidak akan Farah lupa. InsyaAllah. Ayah is always my great motivator. Farah sayang ayah! ;) I love u Ayah!



En Abdullah b. Markah and his only daughter ;)