Showing posts with label MYSELF. Show all posts
Showing posts with label MYSELF. Show all posts

Monday, August 3, 2015

The arrival of our little precious, Arissa Mardhiah binti Mahsyuri

Assalamualaikum.


Ini kisah detik beberapa minggu sebelum kelahiran anak sulung kami, Arissa Mardhiah. :)

Waktu Arissa 7 bulan dalam kandungan, aku melapor diri di UMK, Jeli Kelantan. Keputusan besar yang kami laki bini buat untuk kehidupan ini. Husband aku terpaksa berhenti kerja di Kulim, Kedah dan follow ke Jeli. Sampai di Jeli, rumah yang kami booked utk disewa itu telah diberi kepada orang lain. Maka 2 hari lah kami duduk di hotel sebelum suami mendapatkan rumah sewa. Setelah mendapat rumah sewa, suami jugalah yg mengemas semuanya. Thank you, husband! You are just being awesome! Haha

Aku balik Batu Pahat masa kandungan dah 38 minggu. Confident je redah jalan jauh. Nasib baik x terberanak atas highway. Haha.. Dari Jeli, kami ke Selama dulu. Pit stop rumah mak mertua sebelum balik ke BP untuk beranak. Wahaa..

Due aku 11 Mei 2015, sehari sebelum 11 Mei tu aku pergi kencing, pastu aku tak tau air ketuban tu macam mana. Orang kata dia keluar tetiba. Masa nak kencing tu, x dan aku nak cangkung, dah keluar. So aku mcm blur2, ajak husband pergi hospital. Dan itulah kali pertamanya doktor melakukan penyiasatan terhadap bukaan serviks. Hoih boleh tahan sakit. HO yang buat bukan MO. Ok tak apa la part tu. Esoknya pakar datang cek, dia mcm ye x ye je aku ni. Betul ke air ketuban? sebab tak ada leaking lagi dah. Ok so boleh discharge dan diberi masa seminggu sebelum perlu menyerah diri jika tiada rasa sakit bersalin.

So pada 12 Mei 2015, lepas aku solat maghrib, tetiba aku rasa mcm 'pop' dan telekung basah. Wohaa inikah dia air ketuban telah pecah? Hah iya la. Sebab continuously leaking. Ok terus ke hospital. Sampai emergency, sementara tunggu wheelchair, terburai lagi air ketuban. Habis lencun kain aku. HAHA. Tunggu wheelchair bukan sebab aku sakit. Tak sakit lagi tapi aku x nak bergerak banyak sgt sebab for sure air ketuban akan keluar berlambak lagi. So sampai dekat labor room, HO cek bukaan serviks, katanya 3 cm. Before this kata pun 2 cm. So datang lah MO dan berkata dia mahu cek lagi sekali. Aku buat muka lemah betul la asik nak seluk2 nih. Hahaha. So MO kata still 2 cm dan dia godek2 katanya untuk bagi jalan buka lagi. Hoihhh

Esoknya pakar datang round wad dan dia kata if aku x ada rasa sakit sampai esok paginya, aku kena induce. So tak apa lah kan. Aku lagi suka cepat2 lah beranak. Esoknya jam 4.30 pagi nurse kejut nak cek CTG. Then suruh mandi siap, pukul 7 pagi nak masuk ubat untuk induce. Induce tuh masuk ubat ikut bawah ye. Kalau dah 3 kali induce, tapi bukaan x sampai 10 cm lagi, maka operate lah jawabnya. Jam 7 pagi aku diinduce. Tengah hari tu ada la rasa sakit2 sikit. Pastu husband dah x tahan nak lepak kat wad sebab dia demam. Dia kata nak balik. So ok balik lah. Then pukul 2 ptg, aku di induce kali kedua. Lepas induce kali kedua, setengah jam lepas tu aku dah menggelupur. Aku whatsapp beliau dan berkata tolonglah datang sebab dah x tertahan sakit ini. Then nurse panggil suruh buat CTG. Aku dah menggelupur masa buat CTG tu. Sampai branula tercabut dan CTG x boleh baca sebab aku dok guling2 sampaikan satu HO ni marah aku pasal aku pegang tangan dia kuat sangat. Takut patah katanya. HAHA. Ambik ko, bukan selalu aku ada kekuatan luar biasa ni.

Then HO cek, bukaan 3 cm tapi MO suruh tolak labor room terus. Aku cakap, aku x boleh jalan dah nak ke bilik, tolong tolak guna wheelchair. Dia suruh siap2, bawak pampers baby, kencing, tanggal selipar. Sampai bilik, aku nampak laki aku, lega gila. Tapi aku nangis sebab aku dah x boleh tahan. Sakit yang x tau la nak kata.

Kemudian terus ke labor room. Aku mintak air kat satu HO ni. Nasib dia bagi sebab aku haus gila2. Pastu aku suruh dia panggil husband aku masuk, dia kata x boleh. Tunggu bukaan besar baru boleh masuk. Hampeh betul la. Patut masa aku menggelupur tu la laki kena ada. Then aku berguling2 lah berseorangan dalam labor room. Sampai nurse kata, nak jadi ibu memang macam tu. Memang sakit! Aku dok berzikir doa Nabi Yunus, selawat dan macam2 lah sambil tarik nafas hembus nafas bagi kurang rasa sakit. Contraction makin kerap sampaikan dari aku mengiring dan nak terlentang pun x boleh. Sakitttttt sangattttt. Aku mintak epidural, HO tu kata x boleh. MO x bagi. Aku minta gas, pun diorang x bagi. Last sekali, diorang inject aku kat peha kot. Tak ingat sangat sebab masa tu aku dah menggelupur macam x ingat apa sgt dan aku juga mengantuk. Bila lepas cucuk tu, lagi ngantuk, macam mamai2. Tapi bila nurse panggil "Farah Adila, tengok ni betul tak suami awak?" Aku boleh sedar dan aku angguk. Lega sangat hati bila nampak husband dah ada kat sebelah. Pastu aku rasa dah macam nak terberak sangat2. Nak terberak taik keras. Haha.. tapi aku rasa tu lah kepala baby. Tak lama lepas tu bidan suruh teran! Maka aku teran tetapi terkeluar pula suara macam orang meneran. Bukan jerit ye. PAstu bidan marah. Dia kata jangan keluar suara. Pastu husband cakap kat telinga"Farah kuat, Farah kuat" Maka aku teran lagi dan lagi. Entah berapa kali teran x ingat. Haha. Bila dah keluar kepala baby, bidan suruh rileks dulu, tarik nafas dan teran lagi. Dan lepas tu lahir lah anak kami pada jam 5.30 petang 14 Mei 2015, beserta suara tangisnya dan diletakkan di atas dada aku, kemudian disuruh bapanya utk mengazankan dan iqamatkan pada masa tu juga. Aku nampak ada air mata kat mata husband aku dan dia ucap terima kasih. Time tu aku dah lemah sebab mengantuk, lapar. Tapi dalam hati kata 'eh aku tak kena gunting ke apa?' sampailah lepas uri keluar semua, bidan kata "ok, kita nak jahit ye" dan masa tu jugak bidan tu tanya HO tu dah berapa kali dia jahit. Bidan tu kata kalau macam ni, 10 minit je aku jahit. Maka bermulalah sesi menjahit dan pengajaran oleh bidan kepada HO. Orang kata sakit gila masa jahit, aku rasa sakit bila jahit kulit luar. Mungkin dah letih masa tu, so aku x layankan sangat perasaan jahit tu. Cuma bila jahit part luar tu rasa lah juga sakitnya. Hewhewhew

Setel jahit, aku disuruh rehat. Maka tertidur lah aku di labor room dan bila bangun aku dipakaikan pad dan disalinkan kain. Sebelum tu ada lagi sesi seluk oleh HO. Mungkin dia nak cek jahitan ke apa ke aku x tau lah. Buat je lah apa yang baik pun. Setel semua, aku dipindahkan ke katil lain utk ditolak ke wad. Sebelum tu aku diberi air milo + susu. 2 kali sedut je dah habis. Lapar oi.. air milo paling sedap lah masa tu. Haha..

Kemudian nurse prepare dokumen apa tah dan aku ditolak ke wad. Masa tu nurse tu cakap "senyap pulak awak lepas bagi injection tadi. Awak mengantuk kan lepas tu? bukan apa.. beberapa hari ni ramai nak beranak mulut bising. lagi2 foreigner dari Libya la, mana2 lagi la" aku sengih je masa tu. Dalam hati.. mak oi malunyaaa. Bising sangat ke aku tadi? Huarghh tapi wa sakit, wa dah x boleh tahan wo. So kiranya alhamdulillah aku sakit contraction x lama. Jam 3 ptg masuk labor room dgn bukaan 3 cm, dan jam 5.30 petang dah bersalin. Syukur Ya Allah. Terlalu besar pengorbanan seorang ibu itu.

Buat anakku, Arissa Mardhiah,
Ibu dan ayah sayang Arissa sangat2. You will never know how much we love you.

Alhamdulillah. Begitulah. Baru aku faham macam mana ibu dan ayah sayang kami adik beradik. Kasih sayang yang tak ada batasan.

Kini, Arissa sudah 2 bulan 2 minggu. Sudah boleh meniarap. Cubaan meniarap banyak kali tapi yang berjaya baru sekali ke dua kali macam tu. Kalau mengamuk nak susu masa baring, boleh angkat kepala sendiri padahal tengkuk tu blm kuat pun. Semoga Arissa membesar dengan sihat dan menjadi muslimat yang hebat. We love you, sayang. :)

Terima kasih Allah.
Terima kasih suami.
Terima kasih ibu & ayah.
Terima kasih semua.


Arissa Mardhiah bermaksud yang kuat, yang diredhai.


Love,
Happiness

Wednesday, March 4, 2015

Random talk #6

Assalamualaikum.

Tak pernah expect akan duduk di Kelantan atau lebih spesifik Jeli. Tak pernah expect dapat peluang macam ni. Hmmm.. Thanks husband for all your sacrifice. Life is not easy. Just go through with it! Yeah!

I'm currently 30 weeks pregnant. Alhamdulillah. May Allah ease everything for me and my family. :)

Wednesday, July 23, 2014

Random talk #5 : VIVA Voce, Kahwin

Assalam..

Alhamdulillah setelah perit maung aku tempuh sepanjang buat Master ni, akhirnya aku telah melalui Viva Voce pada 10/2/2014. Pass with major correction. Major correction tu normal lah kalau ikot standard UPM. Kang kalau minor correction, takat salah grammar macam bombastik pulak kan. HAHA. Syukur sangat2 sebab dah pass viva. Tapi menghadap examiner yang adik aku namakan Mak Lampir amatlah menguji KESABARAN aku. Aku x akan lupa lah part kena bambu (basuh) selama sejam lebih dalam bilik beliau. Sampai SV aku pun naik heran apa pasal aku kena teruk gila vavis dengan examiner ni. Entah berapa kali aku leleh sebab x tahan tekanan kuat sangat. TERLALU KUAT sebab hati aku sakit dgn ke annoying an perangai beliau. No wonder orang2 jabatan x berapa gemar dengan beliau. Kawan aku jadi RA beliau juga berhenti kerja pasal x tahan. RA sebelum tu juga ramai yang quit pasal x tahan. Bila aku kena teruk macam ni, aku cakap kat diri aku, "Farah, nanti bila bila kau dah jadi pensyarah ke apa ke, kau jangan lah buat begini kat orang. Kau jadi lah pendidik yang hebat dgn hati yg ikhlas". Seriously. Kot nanti aku lupa diri, aku izinkan engkorang sembur aku dan berkata "Hoi Farah! Kau dah kenapa berlagak, annoying x tentu pasal hah? Kau x igt Tuhan ke hape?"


Setel correction, dapat sign, aku hantar terus ke GSO. Masa aku tengah serabut2 pasal correction, aku dah decide abis2 utk quit jadi RA projek DBS (Dasar Belia Selangor). Projek tu je dah tough lagi aku nak setelkan correction, mau biol aku nanti. Setel semua hal tesis, aku decide pulang ke rumah dalam erti kata lain, angkot barang semua dan back for good. Waktu tu lagi berapa minggu je aku nak kawin. Pheww mau x kelam kabut. Nasib la ibu sangat banyak tolong part goodies dan lain-lain.

Ok cerita pasal kawin pulak. HAHAH. Aku tempah catering awal pasal aku kawin waktu cuti sekolah dan orang memang banyak kawin waktu tu. Tambah lagi aku dapat harga 2013 walaupun aku kawin Mei, 2014. Harga brg makan makin naik wei. Baik korang kawin cepat. Heheh. Bab pelamin aku pakai Dedaun Bridal. Aku suka Dedaun sebab Kak Hawa ni jenis senang deal dan pelamin diorang semua vintage and rare style. back drop pelamin aku tu adalah chalk board. Tapi ramai jugak la yg mengutuk, pelamin hape kau ni? Eh sukati aku lah, aku yg nak kawin, aku yg bayar. Lagipun bapak aku cakap pelamin aku rare dan cun. See. bapak aku yg dah 58 tahun tu pun ada taste hokayy! Mulut makcik2 old style biasa lah kan nak mengutuk manjang. Pedulik! Macam aku kesah. Kohkohkoh.

Alhamdulilah majlis semua berjalan lancar. Macam mimpi aku dah jadi bini orang. Macam eh yeke aku dah kawin? Kroihhh.. Sekarang aku lah surirumah dan aku lah penganggur. Bosan gila okeh duduk rumah. Aku yg x reti duduk diam ni memang agak menderita jugak lah bila terperuk dalam rumah, buat kerja rumah sajo. Lepas raya lah aku redah je apa kerja pun. Kulim ni banyak kerja je kat Jobstreet tu tapi satu hapak pun x pernah panggil aku pegi interview. Aku ada apply ke UMK tapi x tau lah rezeki macam mana. Moga Allah mudahkan. Amin..

Perkhidmatan yang digunakan utk wedding aku:
1. Baju dari atas ke bawah aku tempah untuk both side - SMC Bridal Parit Raja, Batu Pahat (cantik tapi emmm) - tapi kain aku beli kat Jakel
2. Catering - Dizan Catering. Tiptop! - Peserai, Batu Pahat
3. Photog - MHP Production. Untuk macam aku yg x nak over budget, x nak album over ~recommended. - JB
4. Hantaran aku buat sendiri. Beli dulang kat Ayer Hitam. Kain satin dah ada. Lace, glue gun, bunga aku beli kat kedai jual barang kawin kat Jln Penggaram, BP.

Majlis simple yang aku nak seperti tak pakai baju grand2 sampai kena salin 2, 3 kali, tak ada kompang, tak ada tepung tawar, tercapai. Tapi kain baju aku yg peach tu x berapa puas hati pasal aku nak kain ala2 kembang2 gtew. Kohkoh. Side aku, pakai peach. Side husband aku, pakai purple.

Memandangkan aku dah lama x post gambar, so ni aku bagi tepek beberapa keping. Mihmihmih..

Tempat aku sepanjang 2 tahun lebih di IPSAS


Kaku. KAH KAH KAH

Antara member2 aku yg datang.  Ni member2 TIGS

Ni geng MEHNON. Thanks Azi datang awal sehari sebelum majlis! Sayang kau! Thanks Mehnon jadi 2nd photog!

Sekarang aku boleh pose lebih dari ni. HAHAH

Last data collection - Gelandangan di KL. Esoknya aku back for good. Bye2 UPM.

Ni aku tempah dengan kawan aku. Dia memang meniaga jual benda2 ni. 2 bantal ni RM50.

Alhamdulillah. 

Akhirnya. Benda yang buat emosi dan hormon aku kejap betul kejap tak betul. Oh kerja! Come to me. Uhuk!

Wednesday, March 26, 2014

Random talk #4

Assalamualaikum.

Semalam saya ke PUSPAKOM Batu Pahat dan sampai sahaja di sana, oh baru saya perasan, dalam ramai2 customer, saya SEORANG sahaja perempuan. Sehari sebelum tu, ayah teman saya ke PUSPAKOM untuk booked tarikh. Ayah hanya tunggu di kereta dan ayah suruh saya pergi sendiri. Ayat biasa ayah, "OK, pergi turun tanya, usaha sendiri, belajar. Kalau tak, tak tahu". Dari kecil lagi sudah di trained begitu. Maka, saya dengan sendirinya berani dan cuak sikit lah kadang2 tu. Tapi saya tidak suka lelaki pengecut dan pemalu. Come on guys, perempuan pun berani.

Ok, tu je nak cerita. HAHA

Saturday, February 8, 2014

Mari makan kerepek #5

Assalamualaikum.

;)

Saja nak imbau balik kisah aku sejak lepas SPM. Lepas SPM, aku pergi PLKN kat Port Dickson. Tu kira bermulalah hidup aku untuk berdikari. Sebab aku bukan dari boarding school. Memang sekolah ada asrama, tapi rumah saya dekat je, x perlu lah duduk hostel kan. Lepas PLKN, masuk Matrikulasi Gopeng. Paling aku homesick, paling Allah duga. Pointer ranap, x dapat catch up. Pergh baru aku sedar, bangang jugak aku nih. HAHAHA. Nasib baik lepas setahun kat Matrik Gopeng, aku dapat gak masuk UPM. 3 tahun buat degree kat UPM. Sepanjang aku buat degree, aku happy je. Budak baru nak up, jumpa kawan2 sekepala, belajar OK la, x stress sgt, maka aku gumbira sahaja, kadang2 je la aku down. Lepas degree, aku balik rumah kejap, kerja cashier kat Petronas, lepas tu aku dapat kerja kat Maybank Jln Tun HS Lee, KL. Sekali lagi aku rasa jiwa ranap. Tertekan jiwa raga, niat aku nak buat experimen dlm 1st career memang betul2 experimen. Duduk rumah sewa, pergi kerja dan balik kerja. Aku boleh katakan yg jiwa aku merana sepanjang 4 bulan aku kerja kat Maybank ni. Ohoi. Betul2 berat bahu aku masa tu. Aku fikir, apa kejadah la yang aku tgh buat ni. KAKAKA. Macam robot bak hang. Dah ler umur aku masa tu baru 22 tahun nak masuk 23 tahun. Dasar mentaliti x kuat, manja. Ah gasak lah, aku x suka kerja bank. Bosan. Lepas tu aku QUIT!

Kemudian bermulalah perjalanan aku buat Master. Mula2 tu aku terkapai2 gak. Haram jadah x pernah buat FYP pastu masuk buat master in research. Full time bak hang. Aku kerja kat Kumon Kinrara saja nak tambah duit poket selain biasiswa yang aku dapat tiap2 bulan selama 2 tahun. Hidup sebagai pelajar master, aku belajar banyak benda. Umur aku pun makin dewasa. Aku dah x pernah kisah duduk makan termenung sorang-sorang kat kedai makan. Dulu punya la aku segan kalau makan sorang2 kat kedai. Sekarang? Ah gasak. Amenda nak dimalukan. HAHA. Tak malu tapi sunyi lah. Family jauh, laki belum ada. Kawan ada hal masing2. Kadang2 aku down jugak tapi aku fikir2, chill la beb, amenda ni nak sedih sebab sunyi. Life must go on. Eh tapi bukan senang nak lawan perasaan tu bhai. Aku dah la sentimental dan cepat touching. Muka aku je garang dan sombong, gaya aku je nampak tough, jiwa kental. TAPI..... Hohoho.. Tuhan saja yang tahu. Selalu gak la aku nangis malam2 bila2 aku down. Hahaharamjadah betul. Lagi2 la masa ni aku dah reti bercinta. KAHKAHKAH. Sebab tu aku sgt suka bila2 ada data collection. Tak la aku rasa sunyi waktu weekend dan dapat la aku side income, cari pengalaman, jumpa community dan bermacam2 lagi. Ohoi sebenarnya aku tengah bosang nih eh bosan. Ha ter'ganu' lah pulok ye.

Kesimpulannya, aku dah boring hidup sorang2 macam ni. Sunyi. Penat dah dari umur 18 tahun aku hidup sendiri, berdiri di atas kaki sendiri sampai aku rasa aku dah terlebih independent sebab kadang2 aku jenis tegar buat sesuatu yg biasanya perempuan x biasa buat. Hurm.. Aku nak ada family. Jeles betei tengok orang ada suami, ada anak2. But yes, perancangan Allah tetap yang terbaik. Sabar.. Moga Allah mudahkan. Ameen, ameen, ameen.

Good luck untuk Isnin nanti. Allah, mudahkan Ya Allah.

Thats all.

Regards,
Happiness

Sign out.

Saturday, February 1, 2014

Ujian VS Rezeki

Assalamualaikum.

Hidup tak selalu ada di atas. Last week adalah minggu aku diduga. Kesabaran aku hampir tipis. But yes, Allah ada. Aku minta dekat Allah supaya kuatkan hati aku untuk menghadapi perangai2 manusia yang kadang-kala agak menjengkelkan. Bapak aku pesan, 'kalau boleh lawan perasaan itu semua, masih boleh buat baik dengan orang yang dah pernah buat taik dgn kita, kita manusia yang hebat'.

Dalam pada itu, Allah mudahkan juga rezeki aku. Alhamdulillah. Tarikh VIVA dah dapat. Moga Allah mudahkan urusan aku seterusnya. Maka marilah kita bekerja sambil belajar. Preparation VIVA dan menyiapkan kerja-kerja sebagai RA.

Ada sesiapa nak offer aku kerja tak? North area perhaps? Hehehe.

May Allah ease everything. AMIN.

p/s: Dalam tiap doa kita, jangan lupa mereka yg di Syria, Mesir, Palestin. Moga Allah merahmati dan melindungi kita selalu. Perkenankanlah, Ya Allah.

Love,
Happiness.

Sunday, January 12, 2014

Wrap up 2013

Assalamualaikum. :)

Boleh dikira berapa kali entah aku post entry sepanjang 2013. Tapi 2013 penuh dengan suka duka jatuh bangun yang aku rasa bukan main-main punya rasa. Kan aku dah pernah cakap umur 25 ni terlalu banyak benda yang mengajar aku supaya jadi lebih kuat dan tentunya jadi lebih matang dalam apa jua perkara. Allah tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNya. 2013 bermula dengan data collection untuk tesis sendiri. Kemudian rushing bagi settle tesis pada bulan September. Terlalu banyak pengalaman, terlalu banyak pemerhatian dan aku harap aku akan terus belajar tentang semuanya.

Kadang-kadang aku rasa penat duduk sendiri. Kadang-kadang aku tanya Tuhan, kenapa Kau takdirkan aku duduk macam ni sorang-sorang? Kenapa aku tak macam young couple lain yang boleh keluar dating, bergayut selalu. Kenapa? Oh mungkin Allah sayang aku. Eh tapi bukanlah mudah untuk seorang Farah Adila berfikiran positif sentiasa. Manusia kan. Syaitonnirrajim tu kan ada saja untuk menghasut. Tapi bila fikir-fikir balik, kenapa aku tak bersyukur? Bukankah ini lebih selesa jika dibandingkan dengan mereka yang berada di Palestin, Syria, dan juga negara-negara bergolak itu. Eh come on, Farah Adila. Let the time teach you every single thing on earth. Mati dalam kubur pun sorang-sorang kan. Be strong (sambil tumbuk dada sendiri dan angkat tangan nampak muscle macam iklan Mr Muscle. kehkehkeh).

Sabar.. kau kena prepare dari sekarang. Nanti kalau kau dah kerja sana, lagi tak ada siapa nak layan kau merayap, tambah lagi kau tak tahu nak merayap mana sebab kau tak familiar kawasan tu. Eh tapi kan Farah Adila power. Asal ada kereta, ada GPS, apa ada hal nak merayap mana pun. Oh ye, yang penting duit kena ada. Tarak wang, duduk diam-diam sahaja.

Cakap pasal kerja, jadi RA bawah Dr yang berjantina PEREMPUAN memang letih. Gila babeng nak menggelabah tak tentu pasal. Sudah lah upah transcribing tiada. Oh sabar Farah Adila. Pasti ada hikmah disebaliknya. But yes, itu hak kami sebagai RA. Mungkin aku akan usulkan pada next meeting. By the way, terima kasih my supervisor, Dr Bahaman sebab bagi aku banyak peluang. Belajar dan juga mengajar. Aku handle kelas, handle lab. Bagi aku mengajar ni seronok sebab aku kan suka bercerita,dan suka berkongsi. Walaupun itu subjek komputer (lap peluh), tapi aku usahakan juga. Pheww. Bukan sonang aih.

Aku sedar satu benda, bila kawan tak ramai, bila keadaan mendesak, kau akan buat sahaja dan redah apa jua yang kau rasa boleh. Sekarang aku dah tak ada masalah untuk makan dan melantak seorang diri. Walau hakikatnya aku SUNYI dan rasa LONE RANGER. Wahahaha. Aritu aku nak balik Batu Pahat tercinta, aku lapar pagi tu. Jadi sebelum gerak, aku pergi tasik untuk breakfast. Lapar gila2 masa tu. Aku order ROTI JALA dan ROTI TELUR. Akak yang hantar order,teragak-agak nak letak ke tak, takut salah meja. Aku cakap, 'ye ye kak, sini'. Akak tu tengok aku lalu blah. Gila badan keding makan sampai macam tu sekali.Memang mentakedarah! Gasak ah aku lapar. Sorang pun sorang ah. Aku duduk sebelah 2 orang pakcik yang sebaya2 bapak aku. Sembang tanah la apa la. Aku makan dengan berseleranya. Ah baru syok dan tenang nak drive sampai Batu Pahat tercinta. Muahaha.

Wah hebat jugak aku ni kan. Perempuan lain ada jugak yang hebat. Tapi aku tetap nak puji diri sendiri sebab tak ada orang nak puji pun. AHAHAHA.

Kira-kira balik tinggal lagi 4 bulan.May Allah ease everything. Kuatkan hati kami. Mudahkan jalan hidup kami Ya Allah. Kawan aku pesan, jika kita mudahkan urusan dengan Allah, maka Allah akan mudahkan juga urusan kita. Itu janji Dia. Terima kasih sebab ingatkan aku wahai teman.

Ok dah, aku nak sambung buat transcribing yang 2 jam 20 minit tu. Moga2 aku akan terus tabah dan kuat untuk tempuh segala yang di depan walaupun hakikatnya aku memang manusia cengeng. AGAGAGA.

MAY ALLAH EASE OUR JOURNEY, AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Love,
Happiness. 

Saturday, October 19, 2013

What to do?

Bored.
Weekend.
What to do?

Sampai bila nak hidup sorang2? :(
Tak apa, Allah kan ada. :)

Currently waiting for my viva and working as research assistant for a new project entitled 'Dasar Belia Selangor'. Quite fun, tough and yeah new experience as I haven't been in youth area so far.

That's all.

Assalamualaikum.

Take care! :)

Wednesday, October 2, 2013

Mari makan kerepek #3

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ini, aku rasa dimudahkan jalan rezeki. Dulu aku selalu cakap x ada duit, tapi bila Masitah pernah kata 'kita tak tahu bila rezeki kita sampai, kadang2 kita derma satu ringgit kat orang hari ni, tapi entah bila2, Allah beri pula rezeki lain'. True much Masitah. Sejak hari dia cakap kat aku lebih kurang dekat setahun yang lepas, aku simpan benda ni dalam kepala. Even aku bagi makan kucing sekalipun, aku niat, Ya Allah, mudahkan rezeki aku. Ayah pernah pesan kat aku, kita bagi makan haiwan, rezeki kita ada, insyaAllah. Haiwan itu lagi suci dari seorang manusia. Ya Allah, kau tetapkan hati kami pada jalanMu. Kuatkan hati kami, Ya Allah. Jauhkan kami dari sifat bakhil dan sombong. Sesungguhnya kami amat bersyukur dengan setiap nikmat kurniaanMu.

Satu lagi, sebenarnya aku bukanlah orang yang sentiasa positif. Aku memang suka post kata2 positif untuk naikkan semangat sendiri dan juga sesiapa yang membaca. Tak kira lah kat FB, IG atau twitter. Lagipun, aku kan suka ayat2 madah pujangga ni kononnya lahhh kan. AHAHAHA.

That's all. May Allah bless. May Allah ease our journey. Amin.

:)

Wassalam

Wednesday, September 18, 2013

Submitted.

Alhamdulillah thesis dah submit. Sekarang tengah tunggu utk viva. Dalam masa yg sama jadi RA utk Projek Dasar Belia Selangor. Bersyukur sebab dah siap thesis. Aku x blh imagine kalau thesis x setel dan aku accept offer jadi RA utk projek ni. A bit tough. Huargh. Dan Dr Bahaman (my supervisor) mintak jadi penunjuk ajar lab yang macam aku penah ngajar sesi 2012/2013 yg lepas. Hadoih siyes dah lupa beb. Kena revise balik. Ah gasak aaa.. Asal ada experience dan ada duit utk hidup. Bersyukur la kan Allah bagi rezeki dan semua ni. Terima kasih Allah.

Doakan saya lulus viva dan dapat konvo tahun depan. Ya Allah, permudahkan lah urusan kami. Amin.

Sunday, September 8, 2013

Mari makan kerepek #2

Seboleh mungkin aku mahu:

1. Makan pizzahut pasal aku tgh mengidam ni
2. Pergi urut badan dan facial
3. Karaoke bersama kawan2
4. Bercuti menenangkan fikiran setelah berhempas pulas menyiapkan tesis
5. Membeli 2 pasang kain cotton utk aku dan ibu
6. Membeli beg belakang yang comel


Dan semua ini akan dapat dilakukan jika aku ber wang bukan beruang ye. HAHAHAH.
Dan semua ini akan dapat dilakukan setelah aku menghantar 5 copy tesis ke GSO dan setelah habis meeting DBS yg bagi aku agak mendebarkan pasal 1st time aku jadi kuli dalam satu projek besar.

Ya Allah, permudahkan lah. Amin.

Saturday, September 7, 2013

Mari makan kerepek #1

Apakebenda tah macam2 hal. Adakah perempuan diciptakan sangat complicated atau lelaki yg susah mahu faham perasaan perempuan? eh tapi adakah perempuan faham perasaan lelaki? Hah entah. Aku pun tak faham. Communication barrier mungkin. Adakah pakar2 komunikasi tak pernah gagal berkomunikasi dengan manusia?

Umur 25 ni macam2 benda berlaku dalam hidup dan berlaku depan mata sendiri yg mengisahkan cerita org lain. Apa ayat aku macam tunggang terbalik ni? Gasak la.

Hal tesis aku hampir setel. Wawa dah tolong buat proof reading, alhamdulillah x banyak silap. Terima kasih wei pasal x charge apa2. Macam tau2 je aku kena bayar yuran sem ni. (Bahaha scholar mybrain dah tamat, pasal aku dah sem 5. padan muka aku. banyak main. tapi weh, buat research bapak aa susah. aku x tipu. kepala mau berdengung ah, kalau kau pregnant, anak kau mungkin bijak tapi stressful. bahaha.. memandai ah kau, farah adila). Ah merepek. ok sambung balik. Just salah grammar yg biasa macam is are were was ed ing ke apa tah tu. Biasalah aku ni kadang main belasah je. Agak2 macam kena guna past tense, aku bedal je past tense. Hoho

Hal hati perasaan, HAHA. Aku masih failed nak faham lelaki. Dan aku sendiri x tahu diri aku banyak buat silap. Bajet ah aku cool manjang. Hak ptuih Farah, kau cool manjang. Banyak juga cekadak nya. Biasa la aku kan mengada tapi x lah mengada sgt cuma kadang2 nak perhatian tapi x lah gedik hegeh2 nak itu ini eh tapi aku kan gagah. eh apa kau merepek ni perempuann? ah ok sambung lagi.  Aku cuma harap dan doa, Allah permudahkan segala urusan. Amin.

Bagus sebenarnya kawin awal, sebab kau dah halal. Tak perlu kot ambil masa lama sangat utk bercinta. Lagipun Islam dah ajar kan. Mana yg bagus tu, kau ikutlah. Apa2 pun benda yg kau rasa macam dah terpesong, dah melencong, cepat2 ingat Allah. DIA selalu ada untuk kita. Kita je selalu lupa DIA. Ok dah, aku nak sambung buat kerja entah hapa ni, arahan x jelas. pening aku. gasak ah kena bantai kat meeting Isnin nanti. Aku kan gagah lagi bajet cool. Puihh!

Friday, May 3, 2013

Pernah tak?

Pernah tak kau rasa sesuatu yang ketuk pintu hati kau dan berkata 'this is the right time'. Tapi hati kau tak cukup kuat nak lawan segala bisikan syaitan.
Pernah tak kau rasa kau nak berubah jadi manusia pendiam, tak banyak cakap dan senyum sentiasa untuk mengelakkan mulut daripada berkata-kata.
Pernah tak kau rasa yang ada satu tanggungjawab besar kat bahu kau yang kau perlu galas? dan tanggungjawab tu sebenarnya untuk jaga diri sendiri supaya jadi lebih baik?
Pernah tak kau rasa kau perlukan seseorang untuk kau peluk di saat kau keseorangan dan ada satu beban dalam kepala yang dah tak tertahan lagi?
Pernah tak kau rasa yang lagi baik mengadu pada Allah daripada bercerita kat manusia?
Pernah tak kau rasa kelegaan yang teramat sangat selepas kau sujud pada Dia dan menangis ketika kau luah segala yang ada di benak hati?
Pernah tak kau rasa yang SEBENARNYA kau tak keseorangan dalam dunia ni. ALLAH kan ada.

Ya Dia ada untuk kita. Dia sayang kita, hamba-hambaNya. Have faith. :)

p/s: GE 13 - 5th May 2013. Who will be the next PM? Wait and see. Marilah pergi mengundi. Laksanakan tanggungjawab pada negara. Peace Malaysia.

May Allah bless. Assalamualaikum.

Tuesday, January 22, 2013

Wrap up 2012

Assalamualaikum.

Bukan dah x nak update blog. Nak. Tapi malas. Tak tahu nak tulis apa, nak cerita apa. Emm. 2013 ini aku mulakan macam biasa. Tak ada apa yang baru pun. Cuma nak setelkan belajar aku ni cepat2. Bukan give up, tapi aku rasa umur dah mencecah 25, ada benda lain nak buat.

Suku abad? Yes, betul. Kadang2 macam x percaya kan dah 25 tahun. How time flies. Bila umur dah tahap ini, ramai dah mengawan, beranak-pinak. Kan? Ehee. Congratulations to those who has get married and happily live with their husband, wife and kids! :D

2012 sangat banyak benda yang aku dah belajar. 2012 aku mula masuk IPSAS. Join collect data sana sini. Tengok ragam manusia. Macam2. Ada pahit. Ada manis. Ada syok. Ada bosan. Biasa lah.

2012 juga turning point aku fikir masa depan. Mula fikir semua pasal 'masa depan' sebenarnya sejak aku kerja kat Rimau lagi. Tapi masa tu x serius sangat, yelah baru 22 tahun nak masuk 23 tahun. Masuk 2012 aku perhati orang kumpul duit, jaga kewangan masing2, lengkapkan diri dengan ilmu itu ini, macam2. Jadi aku pun terikut jejak mereka. Hujung 2012 entah macam mana aku tergerak baca buku err kinda of novel yang jalan ceritanya berkisar tentang dosa2 yang aku dah buat. Denyut Kasih Medik tajuknya. Bertepek2 aku kena. Habis baca tu, aku duduk, menung. Lepas tu sambung baca Hilal Asyraf, Sebelum Aku Bernikah. Bagus. Input banyak. Hal nikah kahwin jgn buat main. Cinta High Class aku x baca lagi. Tak terkejar. Nantilah, aku free, aku baca. Bukan gatal nak kawin ke apa duk baca buku2 camtu, tak. Baca untuk dapatkan ilmu. Tak salah. Sepatutnya memang dah kena siapkan diri untuk itu semua. Macam Hlovate tulis dlm aA+bB, selagi hidup bersama masa maka selagi itu kita dewasa bersama usia. Eh yeke? Lebih kurang lah. Heh.

Aku harap baik2 saja untuk 2013 ini. Untuk kamu-kamu, kawan2 yang akan bertunang, berkahwin or what so ever, tahniah in advance!:D Its a good step. Lengkapkan diri dengan persediaan yang sebaiknya. Moga bahagia ke syurga.

Untuk yang nak mulakan hidup baru, lets move on! No turning back. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. DIA Maha Mengetahui akan setiap kejadian.

Lets pray for Palestin. :D

End.


Friday, August 17, 2012

Terawih terakhir Ramadhan 1433H




Assalamualaikum.

Malam ini terawih terakhir untuk tahun ini. Malam ini aku x dapat tahan air mata masa solat tadi. Sebelum solat, aku sembang dengan adik yang bawah aku. Aku tahu dia dah dewasa, pemikiran dia mungkin lebih dewasa daripada aku. Sembang punya sembang, semua benda kami cerita.

Bila aku selesai solat, aku ingat satu ayat dia, 'aku akan jaga adik beradik aku, kau jaga diri kau baik2 kak'. Buruk macam mana pun kita, adik beradik kita jaga.

Tiba2 aku terasa Ya Allah, terima kasih Ya Allah sebab Kau kurniakan dia sebagai adik. Aku x tau nak kata  apa. Speechless. Tapi aku sayang semua adik2 aku. Gaduh macam mana pun, akak sayang korang.

Akhir kata,
Selamat hari raya kepada semua. Ampun maaf andai ada silap dan salah.

Dah. Tu je. Bye.

Monday, July 30, 2012

A few days before Ramadhan

Assalamualaikum.

Bulan Ramdhan tiba lagi. Maka teringat akan cerita Contengan Jalanan oleh Hlovate. Imbas kembali satu kejadian beberapa hari sebelum Ramadhan.

Di surau library, dan mahu sembahyang Zuhur. Lepas ambil wuduk, siap2 ambil telekung dan sarung telekung, aku terperasan satu perempuan yang memang perfect dia punya dressing. maksud perfect di sini adalah, dia betul2 tutup aurat dia. Perempuan itu cantik. Ya, bagi pandangan mata aku, dia cantik. mungkin sebab dia menutup aurat dengan sempurna. Cara dia dress up pun bagi aku dah cukup cantik. pakai dress labuh, pashmina, serta lengkap berstokin. aku fikir dia foreigner sebab jarang2 orang kita ni sembahyang x pakai telekung. jenguk punya jenguk, oh melayu. Sedang aku tengah tengok dia, dan mungkin dia perasan aku tengok dia, lalu dia bersuara, oh ya, nama perempuan ini Nadirah. Student phD di usia 25 tahun.

Nadirah: Nak solat sekali?
Aku: Boleh.
Nadirah: Awak jadi imam?
Aku: Eh, x apa. Awak lah.
Nadirah: Ok (senyum) boleh iqamat?
Aku: Ya, boleh.

Lalu aku sembahyang jemaah dengan Nadirah.

Bila dah habis solat, sembang sekejap dan dia mintak diri. Aku masih kat situ. There's something i feel deep inside 'here'. Aku dah lama x sembahyang jemaah. Ini nak bulan Ramadhan. Aku dah 24 tahun hidup, dan aku rasa ya aku speechless. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu pada aku.

Turun library, aku call kawan aku dari kecik, Wani. Aku cerita semua kat dia, dan waktu tu aku teringat kisah Fend di bulan Ramadhan dalam Contengan Jalanan. After having a short conversation, i feel relieved and a bit 'touched' actually. Whatever it is, million thanks Nadirah.

Teringat first time aku jadi imam masa solat jemaah di bilik waktu matrik. million thanks Fida. Betullah orang cakap, manusia itu berubah sedikit demi sedikit. Asalkan ada niat untuk berubah dan kita berusaha untuk melunaskan niat mulia itu.

sumber gambar: google
Itu sahaja. Moga Allah merahmati kita semua.

Saturday, July 14, 2012

Semua tentang buku

Assalamualaikum.

This is the latest book I've read.


Senyum Sampai Langit. Ye, memang senyum sampai langit. Satu hari aku habiskan baca novel ni sebab novel ni ringan, best, kelakar. Cinta lepas kawin memang orang kata sweet, dan novel ini pun kata cinta lepas kawin tu sweet. Hahah. Semua part best as long as ada cerita pasal Aufa dan Aqil gurau, gaduh, lepas tu baik semula. Lepas tu part piggy back. Haa mana2 perempuan yg rasa diri dia ringan boleh la berangan untuk mintak nak piggy back kat suami gagah perkasa. Sebut pasal piggy back, seingat aku, Hanif paling puas dapat piggy back dari aku. Masa dia kecik, ringan, boleh lah nak piggy back. Sekarang? Mau patah riuk kakak kau!

Sekarang.. dalam proses baca ini, 


Pinjam daripada Syamil, seorang ulat buku tegar yang gemarkan bahan bacaan berat. Selasa lepas, lepak dengan Syamil, sembang macam-macam dan main topic haruslah pasal buku. Kami sempat bertukar buku. Aku bagi Syamil buku Travelog Cinta Abadi dan Velvet di Durham. Dan Syamil seperti biasa akan memberi bahan bacaan berat untuk aku baca, Perempuan Nan Bercinta. Cerita pasal pertembungan Syiah dan Sunni kah? Menarik tapi mungkin ambil masa untuk menghabiskan bacaan. Sekarang sedang dalam usaha menghabiskan bahan bacaan di atas. Menarik. Seperti di bawa mengembara ke sekitar UK dan Dublin. Ah dunia buku itu memang indah. Seperti yang dikatakan dalam buku ini, jika ada perpustakaan dan taman bunga di rumah anda, itu adalah sesuatu yang indah. Dan sudah terbayang di fikiran untuk mengilhamkan rumah seperti itu suatu hari nanti. Semangat penulis Puan Nisah Haron ini memang hebat untuk menjadikan kembara sastera beliau ini sebagai realiti. 

Angan-angan aku, aku nak pergi backpaking dengan life partner. HAHA. 

Dari kecik, dan kini baru aku sedar, parents aku memang ajar aku supaya gemar membaca. Masa aku kecik2 pun, tiap kali pegi kedai surat khabar ke, kedai runcit ke, asal ada majalah Along, KAWAN, Kuntum dan beberapa lagi majalah yang famous waktu itu, memang aku nak beli. Parents aku pun tak pernah halang bila aku mintak. Lepas tu, family aku memang type suka berjalan. Ayah tak pernah berkira tang bawak family pergi berjalan. Sampai ke besar ni, ayah still bawak berjalan bila ada masa terluang. TQ ayah! (salah satu sebab x nak kawin awal2, sebab nanti dah segan nak minta ayah sponsor pergi travel. HEHE)

Cuma sekarang, aku rasa aku nak ikut pergi umrah. Hanif ada cakap nak pergi. Ayah dan Fik dah pergi sana lama dulu. Cuma kami bertiga sahaja belum lagi menjejak kaki di sana. InsyaAllah, one fine day nanti. :)

Ok dah, nak update Goodreads pulak. Lama x update goodreads. Smartphone ada application goodreads tak? Huh, google lah sendiri. ;P


Wednesday, April 25, 2012

Perjalanan mencari ilmu #3


Assalamualaikum.
Pada waktu ini, detik ini, tiada lain yang mampu aku ucapkan melainkan TERIMA KASIH ALLAH UNTUK PERJALANAN INI. Terlalu banyak yang aku belajar, aku rasa, aku lihat, aku alami, dan aku selami sendiri. Pada tahap ini, pergaulan dengan mereka yang lebih dewasa sekaligus mematangkan pemikiran. Mereka tidak anggap kamu sebagai budak kecik walaupun usia kamu belum lagi mencecah suku abad. Perbualan, perkongsian selalunya bersahaja. Pada awalnya, ya aku rasa kekok dikelilingi orang hebat. Orang dewasa yang berpengalaman dan berpengetahuan. Speaking pun berabuk. Gerun tahu? Tapi perlahan-lahan aku develop semua skill yang aku rasa perlu aku pupuk dalam diri sendiri. Lama-kelamaan perkara itu sudah jadi biasa. Rasa kekok itu masih ada cuma ianya semakin berkurang.
Terlalu banyak. Perkara paling senang paling mudah aku belajar dengan diri sendiri adalah mengenai kesabaran dan sentiasa untuk positif. Isu parking kereta. Dulu ya, aku merungut, aku benci, aku maki sebab x dapat sticker untuk parking dalam kolej. Tapi lama-kelamaan aku fikir, kenapa nak merungut, sudah2 la tu. Aku cuba cool down, aku cuba senyum, aku cuba untuk buang jauh-jauh rasa marah sebab aku perlu berjalan kaki hampir 500m (kalo x silap) semata-mata untuk parking kereta dan pulang ke bilik yang berada di tingkat lima bangunan asrama. Jalan dalam keadaan panas, yang mampu membuatkan baju sedikit basah akibat peluh, sedaya mungkin aku cuba positif walau mulut aku tetap akan kata 'panasnya hari ni'. Ya, manusia tidak pernah puas dengan apa yang dirasai. Hujan dan panas pun tetap ada sahaja komennya.
Tiap kali aku jalan seorang, fikiran aku pasti melayang jauh. Tiap kali aku rasa apa yang aku lakukan kini adalah baik, tiap kali itu juga aku rasa bersyukur pada DIA dan moga Dia permudahkan setiap perjalanan hamba-hambaNya.


THANK GOD FOR THIS JOURNEY.

Monday, November 28, 2011

Wish list #1

Nafsu membeli:

1. Tukar phone. Keypad dah mcm haram. Tapi x tau nak tuka phone apa. Masih survey.
2. Ray ban (silau bila drive)
3. Baju. Dah lama x beli baju. Nak cari dress. Ehem.
4. Tudung baru utk baju kurung yg baru siap. Heheh
5. Skin food dah abis stock. Or should I change to a new product? Pikiaq dulu.
6. Perfume. Percaya tak aku dah lama x pakai perfume. Oh Azi, meniaga la perfume lagi!
7. Betulkan bumper kiri Saga. Lama2 nanti makan tayar pulak. Hmmm.

Ok, now lets manage financial first. Then we can proceed!

Salam Maal Hijrah everyone!