Showing posts with label MY JOURNEY. Show all posts
Showing posts with label MY JOURNEY. Show all posts

Wednesday, March 4, 2015

Random talk #6

Assalamualaikum.

Tak pernah expect akan duduk di Kelantan atau lebih spesifik Jeli. Tak pernah expect dapat peluang macam ni. Hmmm.. Thanks husband for all your sacrifice. Life is not easy. Just go through with it! Yeah!

I'm currently 30 weeks pregnant. Alhamdulillah. May Allah ease everything for me and my family. :)

Saturday, February 8, 2014

Mari makan kerepek #5

Assalamualaikum.

;)

Saja nak imbau balik kisah aku sejak lepas SPM. Lepas SPM, aku pergi PLKN kat Port Dickson. Tu kira bermulalah hidup aku untuk berdikari. Sebab aku bukan dari boarding school. Memang sekolah ada asrama, tapi rumah saya dekat je, x perlu lah duduk hostel kan. Lepas PLKN, masuk Matrikulasi Gopeng. Paling aku homesick, paling Allah duga. Pointer ranap, x dapat catch up. Pergh baru aku sedar, bangang jugak aku nih. HAHAHA. Nasib baik lepas setahun kat Matrik Gopeng, aku dapat gak masuk UPM. 3 tahun buat degree kat UPM. Sepanjang aku buat degree, aku happy je. Budak baru nak up, jumpa kawan2 sekepala, belajar OK la, x stress sgt, maka aku gumbira sahaja, kadang2 je la aku down. Lepas degree, aku balik rumah kejap, kerja cashier kat Petronas, lepas tu aku dapat kerja kat Maybank Jln Tun HS Lee, KL. Sekali lagi aku rasa jiwa ranap. Tertekan jiwa raga, niat aku nak buat experimen dlm 1st career memang betul2 experimen. Duduk rumah sewa, pergi kerja dan balik kerja. Aku boleh katakan yg jiwa aku merana sepanjang 4 bulan aku kerja kat Maybank ni. Ohoi. Betul2 berat bahu aku masa tu. Aku fikir, apa kejadah la yang aku tgh buat ni. KAKAKA. Macam robot bak hang. Dah ler umur aku masa tu baru 22 tahun nak masuk 23 tahun. Dasar mentaliti x kuat, manja. Ah gasak lah, aku x suka kerja bank. Bosan. Lepas tu aku QUIT!

Kemudian bermulalah perjalanan aku buat Master. Mula2 tu aku terkapai2 gak. Haram jadah x pernah buat FYP pastu masuk buat master in research. Full time bak hang. Aku kerja kat Kumon Kinrara saja nak tambah duit poket selain biasiswa yang aku dapat tiap2 bulan selama 2 tahun. Hidup sebagai pelajar master, aku belajar banyak benda. Umur aku pun makin dewasa. Aku dah x pernah kisah duduk makan termenung sorang-sorang kat kedai makan. Dulu punya la aku segan kalau makan sorang2 kat kedai. Sekarang? Ah gasak. Amenda nak dimalukan. HAHA. Tak malu tapi sunyi lah. Family jauh, laki belum ada. Kawan ada hal masing2. Kadang2 aku down jugak tapi aku fikir2, chill la beb, amenda ni nak sedih sebab sunyi. Life must go on. Eh tapi bukan senang nak lawan perasaan tu bhai. Aku dah la sentimental dan cepat touching. Muka aku je garang dan sombong, gaya aku je nampak tough, jiwa kental. TAPI..... Hohoho.. Tuhan saja yang tahu. Selalu gak la aku nangis malam2 bila2 aku down. Hahaharamjadah betul. Lagi2 la masa ni aku dah reti bercinta. KAHKAHKAH. Sebab tu aku sgt suka bila2 ada data collection. Tak la aku rasa sunyi waktu weekend dan dapat la aku side income, cari pengalaman, jumpa community dan bermacam2 lagi. Ohoi sebenarnya aku tengah bosang nih eh bosan. Ha ter'ganu' lah pulok ye.

Kesimpulannya, aku dah boring hidup sorang2 macam ni. Sunyi. Penat dah dari umur 18 tahun aku hidup sendiri, berdiri di atas kaki sendiri sampai aku rasa aku dah terlebih independent sebab kadang2 aku jenis tegar buat sesuatu yg biasanya perempuan x biasa buat. Hurm.. Aku nak ada family. Jeles betei tengok orang ada suami, ada anak2. But yes, perancangan Allah tetap yang terbaik. Sabar.. Moga Allah mudahkan. Ameen, ameen, ameen.

Good luck untuk Isnin nanti. Allah, mudahkan Ya Allah.

Thats all.

Regards,
Happiness

Sign out.

Saturday, February 1, 2014

Ujian VS Rezeki

Assalamualaikum.

Hidup tak selalu ada di atas. Last week adalah minggu aku diduga. Kesabaran aku hampir tipis. But yes, Allah ada. Aku minta dekat Allah supaya kuatkan hati aku untuk menghadapi perangai2 manusia yang kadang-kala agak menjengkelkan. Bapak aku pesan, 'kalau boleh lawan perasaan itu semua, masih boleh buat baik dengan orang yang dah pernah buat taik dgn kita, kita manusia yang hebat'.

Dalam pada itu, Allah mudahkan juga rezeki aku. Alhamdulillah. Tarikh VIVA dah dapat. Moga Allah mudahkan urusan aku seterusnya. Maka marilah kita bekerja sambil belajar. Preparation VIVA dan menyiapkan kerja-kerja sebagai RA.

Ada sesiapa nak offer aku kerja tak? North area perhaps? Hehehe.

May Allah ease everything. AMIN.

p/s: Dalam tiap doa kita, jangan lupa mereka yg di Syria, Mesir, Palestin. Moga Allah merahmati dan melindungi kita selalu. Perkenankanlah, Ya Allah.

Love,
Happiness.

Sunday, January 12, 2014

Wrap up 2013

Assalamualaikum. :)

Boleh dikira berapa kali entah aku post entry sepanjang 2013. Tapi 2013 penuh dengan suka duka jatuh bangun yang aku rasa bukan main-main punya rasa. Kan aku dah pernah cakap umur 25 ni terlalu banyak benda yang mengajar aku supaya jadi lebih kuat dan tentunya jadi lebih matang dalam apa jua perkara. Allah tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNya. 2013 bermula dengan data collection untuk tesis sendiri. Kemudian rushing bagi settle tesis pada bulan September. Terlalu banyak pengalaman, terlalu banyak pemerhatian dan aku harap aku akan terus belajar tentang semuanya.

Kadang-kadang aku rasa penat duduk sendiri. Kadang-kadang aku tanya Tuhan, kenapa Kau takdirkan aku duduk macam ni sorang-sorang? Kenapa aku tak macam young couple lain yang boleh keluar dating, bergayut selalu. Kenapa? Oh mungkin Allah sayang aku. Eh tapi bukanlah mudah untuk seorang Farah Adila berfikiran positif sentiasa. Manusia kan. Syaitonnirrajim tu kan ada saja untuk menghasut. Tapi bila fikir-fikir balik, kenapa aku tak bersyukur? Bukankah ini lebih selesa jika dibandingkan dengan mereka yang berada di Palestin, Syria, dan juga negara-negara bergolak itu. Eh come on, Farah Adila. Let the time teach you every single thing on earth. Mati dalam kubur pun sorang-sorang kan. Be strong (sambil tumbuk dada sendiri dan angkat tangan nampak muscle macam iklan Mr Muscle. kehkehkeh).

Sabar.. kau kena prepare dari sekarang. Nanti kalau kau dah kerja sana, lagi tak ada siapa nak layan kau merayap, tambah lagi kau tak tahu nak merayap mana sebab kau tak familiar kawasan tu. Eh tapi kan Farah Adila power. Asal ada kereta, ada GPS, apa ada hal nak merayap mana pun. Oh ye, yang penting duit kena ada. Tarak wang, duduk diam-diam sahaja.

Cakap pasal kerja, jadi RA bawah Dr yang berjantina PEREMPUAN memang letih. Gila babeng nak menggelabah tak tentu pasal. Sudah lah upah transcribing tiada. Oh sabar Farah Adila. Pasti ada hikmah disebaliknya. But yes, itu hak kami sebagai RA. Mungkin aku akan usulkan pada next meeting. By the way, terima kasih my supervisor, Dr Bahaman sebab bagi aku banyak peluang. Belajar dan juga mengajar. Aku handle kelas, handle lab. Bagi aku mengajar ni seronok sebab aku kan suka bercerita,dan suka berkongsi. Walaupun itu subjek komputer (lap peluh), tapi aku usahakan juga. Pheww. Bukan sonang aih.

Aku sedar satu benda, bila kawan tak ramai, bila keadaan mendesak, kau akan buat sahaja dan redah apa jua yang kau rasa boleh. Sekarang aku dah tak ada masalah untuk makan dan melantak seorang diri. Walau hakikatnya aku SUNYI dan rasa LONE RANGER. Wahahaha. Aritu aku nak balik Batu Pahat tercinta, aku lapar pagi tu. Jadi sebelum gerak, aku pergi tasik untuk breakfast. Lapar gila2 masa tu. Aku order ROTI JALA dan ROTI TELUR. Akak yang hantar order,teragak-agak nak letak ke tak, takut salah meja. Aku cakap, 'ye ye kak, sini'. Akak tu tengok aku lalu blah. Gila badan keding makan sampai macam tu sekali.Memang mentakedarah! Gasak ah aku lapar. Sorang pun sorang ah. Aku duduk sebelah 2 orang pakcik yang sebaya2 bapak aku. Sembang tanah la apa la. Aku makan dengan berseleranya. Ah baru syok dan tenang nak drive sampai Batu Pahat tercinta. Muahaha.

Wah hebat jugak aku ni kan. Perempuan lain ada jugak yang hebat. Tapi aku tetap nak puji diri sendiri sebab tak ada orang nak puji pun. AHAHAHA.

Kira-kira balik tinggal lagi 4 bulan.May Allah ease everything. Kuatkan hati kami. Mudahkan jalan hidup kami Ya Allah. Kawan aku pesan, jika kita mudahkan urusan dengan Allah, maka Allah akan mudahkan juga urusan kita. Itu janji Dia. Terima kasih sebab ingatkan aku wahai teman.

Ok dah, aku nak sambung buat transcribing yang 2 jam 20 minit tu. Moga2 aku akan terus tabah dan kuat untuk tempuh segala yang di depan walaupun hakikatnya aku memang manusia cengeng. AGAGAGA.

MAY ALLAH EASE OUR JOURNEY, AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Love,
Happiness. 

Saturday, October 19, 2013

What to do?

Bored.
Weekend.
What to do?

Sampai bila nak hidup sorang2? :(
Tak apa, Allah kan ada. :)

Currently waiting for my viva and working as research assistant for a new project entitled 'Dasar Belia Selangor'. Quite fun, tough and yeah new experience as I haven't been in youth area so far.

That's all.

Assalamualaikum.

Take care! :)

Wednesday, October 2, 2013

Mari makan kerepek #3

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ini, aku rasa dimudahkan jalan rezeki. Dulu aku selalu cakap x ada duit, tapi bila Masitah pernah kata 'kita tak tahu bila rezeki kita sampai, kadang2 kita derma satu ringgit kat orang hari ni, tapi entah bila2, Allah beri pula rezeki lain'. True much Masitah. Sejak hari dia cakap kat aku lebih kurang dekat setahun yang lepas, aku simpan benda ni dalam kepala. Even aku bagi makan kucing sekalipun, aku niat, Ya Allah, mudahkan rezeki aku. Ayah pernah pesan kat aku, kita bagi makan haiwan, rezeki kita ada, insyaAllah. Haiwan itu lagi suci dari seorang manusia. Ya Allah, kau tetapkan hati kami pada jalanMu. Kuatkan hati kami, Ya Allah. Jauhkan kami dari sifat bakhil dan sombong. Sesungguhnya kami amat bersyukur dengan setiap nikmat kurniaanMu.

Satu lagi, sebenarnya aku bukanlah orang yang sentiasa positif. Aku memang suka post kata2 positif untuk naikkan semangat sendiri dan juga sesiapa yang membaca. Tak kira lah kat FB, IG atau twitter. Lagipun, aku kan suka ayat2 madah pujangga ni kononnya lahhh kan. AHAHAHA.

That's all. May Allah bless. May Allah ease our journey. Amin.

:)

Wassalam

Wednesday, September 18, 2013

Submitted.

Alhamdulillah thesis dah submit. Sekarang tengah tunggu utk viva. Dalam masa yg sama jadi RA utk Projek Dasar Belia Selangor. Bersyukur sebab dah siap thesis. Aku x blh imagine kalau thesis x setel dan aku accept offer jadi RA utk projek ni. A bit tough. Huargh. Dan Dr Bahaman (my supervisor) mintak jadi penunjuk ajar lab yang macam aku penah ngajar sesi 2012/2013 yg lepas. Hadoih siyes dah lupa beb. Kena revise balik. Ah gasak aaa.. Asal ada experience dan ada duit utk hidup. Bersyukur la kan Allah bagi rezeki dan semua ni. Terima kasih Allah.

Doakan saya lulus viva dan dapat konvo tahun depan. Ya Allah, permudahkan lah urusan kami. Amin.

Sunday, September 8, 2013

Mari makan kerepek #2

Seboleh mungkin aku mahu:

1. Makan pizzahut pasal aku tgh mengidam ni
2. Pergi urut badan dan facial
3. Karaoke bersama kawan2
4. Bercuti menenangkan fikiran setelah berhempas pulas menyiapkan tesis
5. Membeli 2 pasang kain cotton utk aku dan ibu
6. Membeli beg belakang yang comel


Dan semua ini akan dapat dilakukan jika aku ber wang bukan beruang ye. HAHAHAH.
Dan semua ini akan dapat dilakukan setelah aku menghantar 5 copy tesis ke GSO dan setelah habis meeting DBS yg bagi aku agak mendebarkan pasal 1st time aku jadi kuli dalam satu projek besar.

Ya Allah, permudahkan lah. Amin.

Saturday, September 7, 2013

Mari makan kerepek #1

Apakebenda tah macam2 hal. Adakah perempuan diciptakan sangat complicated atau lelaki yg susah mahu faham perasaan perempuan? eh tapi adakah perempuan faham perasaan lelaki? Hah entah. Aku pun tak faham. Communication barrier mungkin. Adakah pakar2 komunikasi tak pernah gagal berkomunikasi dengan manusia?

Umur 25 ni macam2 benda berlaku dalam hidup dan berlaku depan mata sendiri yg mengisahkan cerita org lain. Apa ayat aku macam tunggang terbalik ni? Gasak la.

Hal tesis aku hampir setel. Wawa dah tolong buat proof reading, alhamdulillah x banyak silap. Terima kasih wei pasal x charge apa2. Macam tau2 je aku kena bayar yuran sem ni. (Bahaha scholar mybrain dah tamat, pasal aku dah sem 5. padan muka aku. banyak main. tapi weh, buat research bapak aa susah. aku x tipu. kepala mau berdengung ah, kalau kau pregnant, anak kau mungkin bijak tapi stressful. bahaha.. memandai ah kau, farah adila). Ah merepek. ok sambung balik. Just salah grammar yg biasa macam is are were was ed ing ke apa tah tu. Biasalah aku ni kadang main belasah je. Agak2 macam kena guna past tense, aku bedal je past tense. Hoho

Hal hati perasaan, HAHA. Aku masih failed nak faham lelaki. Dan aku sendiri x tahu diri aku banyak buat silap. Bajet ah aku cool manjang. Hak ptuih Farah, kau cool manjang. Banyak juga cekadak nya. Biasa la aku kan mengada tapi x lah mengada sgt cuma kadang2 nak perhatian tapi x lah gedik hegeh2 nak itu ini eh tapi aku kan gagah. eh apa kau merepek ni perempuann? ah ok sambung lagi.  Aku cuma harap dan doa, Allah permudahkan segala urusan. Amin.

Bagus sebenarnya kawin awal, sebab kau dah halal. Tak perlu kot ambil masa lama sangat utk bercinta. Lagipun Islam dah ajar kan. Mana yg bagus tu, kau ikutlah. Apa2 pun benda yg kau rasa macam dah terpesong, dah melencong, cepat2 ingat Allah. DIA selalu ada untuk kita. Kita je selalu lupa DIA. Ok dah, aku nak sambung buat kerja entah hapa ni, arahan x jelas. pening aku. gasak ah kena bantai kat meeting Isnin nanti. Aku kan gagah lagi bajet cool. Puihh!

Tuesday, January 22, 2013

Wrap up 2012

Assalamualaikum.

Bukan dah x nak update blog. Nak. Tapi malas. Tak tahu nak tulis apa, nak cerita apa. Emm. 2013 ini aku mulakan macam biasa. Tak ada apa yang baru pun. Cuma nak setelkan belajar aku ni cepat2. Bukan give up, tapi aku rasa umur dah mencecah 25, ada benda lain nak buat.

Suku abad? Yes, betul. Kadang2 macam x percaya kan dah 25 tahun. How time flies. Bila umur dah tahap ini, ramai dah mengawan, beranak-pinak. Kan? Ehee. Congratulations to those who has get married and happily live with their husband, wife and kids! :D

2012 sangat banyak benda yang aku dah belajar. 2012 aku mula masuk IPSAS. Join collect data sana sini. Tengok ragam manusia. Macam2. Ada pahit. Ada manis. Ada syok. Ada bosan. Biasa lah.

2012 juga turning point aku fikir masa depan. Mula fikir semua pasal 'masa depan' sebenarnya sejak aku kerja kat Rimau lagi. Tapi masa tu x serius sangat, yelah baru 22 tahun nak masuk 23 tahun. Masuk 2012 aku perhati orang kumpul duit, jaga kewangan masing2, lengkapkan diri dengan ilmu itu ini, macam2. Jadi aku pun terikut jejak mereka. Hujung 2012 entah macam mana aku tergerak baca buku err kinda of novel yang jalan ceritanya berkisar tentang dosa2 yang aku dah buat. Denyut Kasih Medik tajuknya. Bertepek2 aku kena. Habis baca tu, aku duduk, menung. Lepas tu sambung baca Hilal Asyraf, Sebelum Aku Bernikah. Bagus. Input banyak. Hal nikah kahwin jgn buat main. Cinta High Class aku x baca lagi. Tak terkejar. Nantilah, aku free, aku baca. Bukan gatal nak kawin ke apa duk baca buku2 camtu, tak. Baca untuk dapatkan ilmu. Tak salah. Sepatutnya memang dah kena siapkan diri untuk itu semua. Macam Hlovate tulis dlm aA+bB, selagi hidup bersama masa maka selagi itu kita dewasa bersama usia. Eh yeke? Lebih kurang lah. Heh.

Aku harap baik2 saja untuk 2013 ini. Untuk kamu-kamu, kawan2 yang akan bertunang, berkahwin or what so ever, tahniah in advance!:D Its a good step. Lengkapkan diri dengan persediaan yang sebaiknya. Moga bahagia ke syurga.

Untuk yang nak mulakan hidup baru, lets move on! No turning back. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. DIA Maha Mengetahui akan setiap kejadian.

Lets pray for Palestin. :D

End.


Sunday, August 5, 2012

Perjalanan mencari ilmu #5

Assalamualaikum.

1.46am. I'm still here. Writing and writing.
Cerita sambung belajar lagi. Boleh? Ok, sekarang dalam usaha menghasilkan 2nd baby. Baby? Oh jangan fikir macam2. Ini bulan puasa. HEHE. Baby itu adalah jurnal. Tahukah anda untuk menghasilkan jurnal bagi saya yang baru belajar menulis artikel ilmiah adalah sesuatu yang mencabar. Ya, mencabar. Dan saya kuatkan hati kerana saya tahu saya boleh, kamu boleh, kita semua boleh. USAHA lah kan. InsyaAllah.

Tempoh hari saya bersembang di inbox FB dengan kawan yang sama2 bekerja di Rimau dulu. Dia bilang gajinya sudah mencecah 3k. Hebat bukan? Kawan saya yang lain bertanya, adakah saya menyesal berhenti kerja di Rimau? Tidak. Itu jawapan saya. Kerana apa? Kerana saya yakin dan pasti itu bukan sesuatu yang saya mahu. Saya suka jumpa komuniti. Saya tidak suka kerja menghadap komputer berjam-jam lamanya. Saya benci kesesakan Kuala Lumpur. Saya benci setiap hari naik LRT dan akan terkena asap bas Rapid yang busuk itu. Jiwa saya bukan untuk sesuatu di dalam bangunan. Saya lebih gemar di luar, jumpa komuniti nelayan, atau sesiapa sahaja. Itu lebih membahagiakan saya.

Semoga saya terus kuat dan tabah menempuh hari-hari mendatang. Hah, skema batu aku malam ni.

Dah itu sahaja. Ok Bye.

Friday, June 1, 2012

Perjalanan mencari ilmu #4

Hidup ni bukan selalunya indah, bukan selalunya sweet. Sedangkan novel pun ada yang indah ada yang tidak. Inikan lagi hidup di alam realiti. Ye tak?

Isnin - Submit Chapter 2, 3 proposal. Bengkel penulisan jurnal (kalau betul jadi) - maka sepanjang seminggu ini aku struggle menyiapkan bendalah ni. Bukan senang utk org yg xda basic buat FYP. FINE.
Selasa - Bengkel penulisan jurnal (kalau betul jadi)
Rabu - Conference kat Residential Hotel Uniten (sampai tgh hari) Petang, tolong Dr jaga exam.
Khamis - Rasa2 macam nak cabut balik BP.
 tapi...
Jumaat - submit jurnal critiques. Bila aku nak buat ni? :(

Bertabahlah wahai Farah Adila. Selamat menjalankan tugas. Sekian terima kasih.

Aku rasa dah tepu abis nih.

Kadang2 aku terfikir, aku dok tulis entah merapu ni, kot satu hari nanti anak2 aku dah besar, diorang baca blog ni, apa aku nak react eh? adakah "suka hati mak laaaa nak tulis apa pun, kamu ada?" hahaha. Brutal mak kau. Pastu dengan bijak harus la mereka kata "mak ni macam story teller. benda remeh pun nak cerita ke?"

Korang ada tak terfikir macam aku fikir ni? HAHA

Dah aku nak sambung buat kerja. Dadaaa.

^_^

Saturday, May 12, 2012

Merepek meraban

Assalamualaikum.

Hari berganti hari. Herm. Minggu lepas presentation proposal. Masak jugak aku kena hentam. Heh. Tak apalah. Life must go on. Work hard on it. Hoho. Nak work hard tu memang mencabar. Bukan selalu ada spirit yang kaw2 untuk buat kerja? Kenapa? Tak tahulah. Mungkin kalau kena hantar oversea akan lagi rajin sebab bukan dalam zon selesa. Nak bagi cepat habis supaya dapat balik tanah air cepat2. Macam yang Dr selalu cakap. Kan. Isk.

Minggu lepas, kawan sepermainan masa kecik selamat bernikah. Alhamdulillah. Kalau ingat semua memori zaman kanak2 dulu memang x boleh blah. Macam2 hal. tapi semua itu yang manis. Akan buat kau senyum dan kadang2 boleh menitik air mata bila semua kenangan indah itu masih tersemat indah dalam memori sendiri sehingga ke hari ini. Ah lepas ni nak konvoi raya mesti Ecot dah dapat join. kenalah beraya dengan suami. Tak apa, Wani, Liwa, Yazidah masih ada. Korang jangan kawin cepat sangat okeh. HEHE. Aritu aku sembang2 dengan Wani, aku cakap kalau kawan2 aku semua dah kawin, tapi aku x kawin lagi, aku nak lari jauh2 buat phd. muahahaha. Dah, malas cakap pasal kawin bagai. Penat tahu nak jawab soalan makcik2 ni. makcik2, could you please stop asking that? and also, please don't asked my mon, "bila kau nak ada menantu?" heh. Apa kata kalau makcik2 ada calon yang hebat lagi best, boleh kenalkan dengan saya? HAHAHA.

Selepas memborong sakan di Pesta Buku, mood nak menghadap memang memuncak. Akhirnya aku khatam 2 novel. Tentang Dhiya by Syud dan Dapur Wawa by Ika Madera. Bagi aku sentuhan Syud memang x pernah mengecewakan setakat ni. Walaupun Tentang Dhiya dah keluar lama, tapi aku baru nak baca. Ngeh2. Azril, you step on my heart! AHAHAHA. Haih, layan betul. Ah aku juga ada cerita seperti mereka. But the ending haven't come to the end. Kalau dah ada ending nanti aku cerita. bajet ada orang nak tahu cerita kau ke Farah oii? ah perasan sungguh. Dapur Wawa juga layan. Banyakkk resipi okeh. Nanti aku nak try bila2 balik rumah dan mood nak masak itu ada. cehceh. Sentuhan Ika Madera pun x pernah mengecewakan. Masa baca Jet Jonah dulu seriously aku x tahan nak gelak. asyik2 nak gelak. heh. kau memang suka gelak!

Ok dah, nanti sambung. Daaa~

Wednesday, April 25, 2012

Perjalanan mencari ilmu #3


Assalamualaikum.
Pada waktu ini, detik ini, tiada lain yang mampu aku ucapkan melainkan TERIMA KASIH ALLAH UNTUK PERJALANAN INI. Terlalu banyak yang aku belajar, aku rasa, aku lihat, aku alami, dan aku selami sendiri. Pada tahap ini, pergaulan dengan mereka yang lebih dewasa sekaligus mematangkan pemikiran. Mereka tidak anggap kamu sebagai budak kecik walaupun usia kamu belum lagi mencecah suku abad. Perbualan, perkongsian selalunya bersahaja. Pada awalnya, ya aku rasa kekok dikelilingi orang hebat. Orang dewasa yang berpengalaman dan berpengetahuan. Speaking pun berabuk. Gerun tahu? Tapi perlahan-lahan aku develop semua skill yang aku rasa perlu aku pupuk dalam diri sendiri. Lama-kelamaan perkara itu sudah jadi biasa. Rasa kekok itu masih ada cuma ianya semakin berkurang.
Terlalu banyak. Perkara paling senang paling mudah aku belajar dengan diri sendiri adalah mengenai kesabaran dan sentiasa untuk positif. Isu parking kereta. Dulu ya, aku merungut, aku benci, aku maki sebab x dapat sticker untuk parking dalam kolej. Tapi lama-kelamaan aku fikir, kenapa nak merungut, sudah2 la tu. Aku cuba cool down, aku cuba senyum, aku cuba untuk buang jauh-jauh rasa marah sebab aku perlu berjalan kaki hampir 500m (kalo x silap) semata-mata untuk parking kereta dan pulang ke bilik yang berada di tingkat lima bangunan asrama. Jalan dalam keadaan panas, yang mampu membuatkan baju sedikit basah akibat peluh, sedaya mungkin aku cuba positif walau mulut aku tetap akan kata 'panasnya hari ni'. Ya, manusia tidak pernah puas dengan apa yang dirasai. Hujan dan panas pun tetap ada sahaja komennya.
Tiap kali aku jalan seorang, fikiran aku pasti melayang jauh. Tiap kali aku rasa apa yang aku lakukan kini adalah baik, tiap kali itu juga aku rasa bersyukur pada DIA dan moga Dia permudahkan setiap perjalanan hamba-hambaNya.


THANK GOD FOR THIS JOURNEY.

Wednesday, February 22, 2012

Perjalanan mencari ilmu #2


Assalamualaikum.

Perjalanan kian mencabar. Mana ada kehidupan yang perjalanannya x mencabar? Mana ada kehidupan yang tak ada liku? Kalau sentiasa dalam zon selesa, maka x tahu lah nak kata apa. Yes, life is always ups and down. No matter what. Yang penting kita kena usaha, doa dan tawakal. Allah kan ada. Now dah masuk 2nd semester. Siapa kata mudah? Tidak. tak ada yang mudah dalam mengejar sebuah cita-cita. Ya, impian yang belum pasti, tapi walau apa pun, u must work hard on it.

I feel I was like a small kid and don't know anything. They are adult. With lots of experience, and I just a grown up lady yang masih terkial-kial, tercari-cari macam mana nak buat problem statement. It ain't easy. Ye, saya tahu degree saya dahulu tidak se sukar mereka yang ambil perubatan. Mungkin peringkat baru ini baru sama level dgn mereka yang mengambil perubatan. Atau tidak mungkin pernah sama? Entahlah. Apa-apa pun saya memang bukan kalangan manusia yang diciptakan untuk terlibat dalam bidang perubatan kerana saya kan pengeri. Ngeri. Tahu ngeri? Dah jgn sebut2, nanti teringat apa saja benda yang mengerikan. Cukuplah pengalaman menghantar kawan yang excident ke Bahagian Emergency Hospital Serdang. Lalu, menguruskan hal perubatan beliau. Ya, waktu itu saya takot. Tapi sebab ada kawan yang strong maka saya lawan rasa takot dan ngeri. Tambahan pula, keadaan di bahagian emergency Hospital Serdang tidaklah se 'scary' Hospital Batu Pahat. HAHA. Waktu itu, I'm proud to be myself. HEHE. Ya, Allah pinjamkan keberanian dan kekuatan supaya jangan takot. I don't know what happen to me, tengok movie hantu berani tapi pergi hospital rasa cuak. Bau ubat dalam ward lagilah, nak pitam rasa.

Back to my study, x tahulah nak kata apa. Banyak sangat kena buat sekarang ni. Memang orang Nampak cool. Ye, macam mat kool! Eh apa kau merepak dah. OK2, actually minggu ni dah start kelas. Senak perut ah masuk kelas research method, lalu kelas seminar pula. Menaya chapter 1 pun x complete lagi. Jumpa Anis kat toilet cerita pasal VIVA menambah lagi serammm. Wahhhh biaq btoi weh. Kang lambat2, ada yg grad lambat. Mintak jauh! Moga Allah permudahkan urusan kita. Pray hard for it!

Dalam aku mengeluh itulah inilah, aku terfikir gak, kenapa nak mengeluh. Ada lagi kawan yang tgh susah. Kesian jugak kat member aku ni. GRF x dapat, mybrain x dapat. Yuran pulak memang cecah 1k++. Dia macam give up nak quit study tapi aku cakap kat dia, mesti ada jalannya nanti. Ye, aku x berada di tempat dia, mungkin aku x faham apa dia rasa. Aku ni dah cukup untung. Ayah bagi pakai kereta. Duit GRF bulan2 dapat. Apa lagi nak merungut kannn? Astaghfirullah. Tak apalah, aku harap kawan aku tu sabar dan kuatkan hati dia untuk tempuh semua ni. Semoga semuanya baik2 sahaja.

Aku rasa nak berjalan, nak travel. Ayah, what's our next vacation? HEHE. Hoi, Anip nak SPM lah. No No vacation! Ah Anip kau tinggallah! Aku pegi dgn Abg Ki!

Ok dah, penat taip. Taip thesis pulak. KAHKAH. Poyo. Jurnal x terbaca, sebok nak taip thesis. EH dummy thesis lah. OK apa dari x ada! :D

Tuesday, January 24, 2012

Perjalanan mencari ilmu #1



Perjalanan mencari ilmu.

Pejam celik sudah 4 bulan perjalanan mencari ilmu. Bukan mudah. Bukan susah. Apa yang penting perjalanan ini sememangnya seronok dan aku menjadi seorang manusia yang memandang sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Tidak tahu. Mungkin ini didikan dari kecil lagi.

Kehidupan boleh dikatakan berubah 180 darjah. Kenapa? Perjalanan ini tidak sama seperti kamu di alam sebelum ini. Sebelum ini punya kawan yang ramai mengambil satu jurusan yang sama. Tapi kini tidak, kamu perlu survive dan berkenalan dengan sesiapa sahaja untuk meneruskan pencarian ilmu itu. Kian matang. Iya. Mungkin orang tidak perasan. Tapi diri sendiri merasakannya. Pengalaman kerja selama beberapa bulan dan kini bergelumang semula dengan ilmu. Iya, belajar itu jauh seronoknya dengan bekerja. HAHA.

Jika dahulu, apabila tibanya musim peperiksaan, tidaklah terlalu menekan diri. Adakalanya masih rasa ah tak apalah. Mesti boleh punya. Markah biasa-biasa tapi x berapa nak frust. Tapi kini tidak. Sebolehnya kau akan berusaha untuk mencapai tahap terbaik. Dalam fikiran kau, tak macam dulu lagi, kau mesti survive! Atau adakah ini seiring dengan peningkatan usia? Maka keputusan dan keinginan yang dibuat menjadi lebih serius? Mungkin.

Mengajar dan belajar. Dua dalam satu. Pengalaman baru. Ada pahit dan ada manis.

Perpustakaan itu menjadi teman baik. Jika dahulu Mines menjadi rumah kedua, kini tidak. Perpustakaan itu rumah kedua. Tidak kira bila masa. Musim peperiksaan sudah tentu. Tetapi memandangkan peperiksaan tidaklah sebanyak mereka yang mengambil coursework, maka usaha pencarian buku untuk dikaitkan dengan tajuk penyelidikan menjadi giat.

Dari dahulu sememangnya dilahirkan sebagai pencinta buku, perangai itu tidak pernah berubah. Jika stress, bacalah novel, magazine. Jika mood rasa OK, capailah bahan ilmiah. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris terutamanya., tidaklah sebaik mereka yang belajar di luar negara tetapi memadailah kerana keyakinan untuk berinteraksi dengan pelajar asing semakin ada dan semakin meningkat. Tak kisahlah grammar tunggang langgang janji dua-dua faham apa yang dituturkan.

Bilangan hari dalam seminggu dirasan terlalu cepat berlalu. Hari-hari pun sibuk. Ada sahaja perkara atau agenda yang perlu dilaksanakan. Tahu-tahu sudah malam, sudah mengantuk dan perlu masuk tidur. Begitulah hari yang dilalui. Dan bersyukur juga kerana aku punyai kawan untuk aku mengadu rasa dan teman bercerita. Semakin besar, semakin panjang akalnya. Bila duit ada, apa lagi, ada sahaja perancangannya. Biasalah.


Bilamana aku rasa stress dan mahu mengimbau kenangan lalu, aku akan ke sini. Ah kenangan, aku rindukan ia.