Monday, August 3, 2015

The arrival of our little precious, Arissa Mardhiah binti Mahsyuri

Assalamualaikum.


Ini kisah detik beberapa minggu sebelum kelahiran anak sulung kami, Arissa Mardhiah. :)

Waktu Arissa 7 bulan dalam kandungan, aku melapor diri di UMK, Jeli Kelantan. Keputusan besar yang kami laki bini buat untuk kehidupan ini. Husband aku terpaksa berhenti kerja di Kulim, Kedah dan follow ke Jeli. Sampai di Jeli, rumah yang kami booked utk disewa itu telah diberi kepada orang lain. Maka 2 hari lah kami duduk di hotel sebelum suami mendapatkan rumah sewa. Setelah mendapat rumah sewa, suami jugalah yg mengemas semuanya. Thank you, husband! You are just being awesome! Haha

Aku balik Batu Pahat masa kandungan dah 38 minggu. Confident je redah jalan jauh. Nasib baik x terberanak atas highway. Haha.. Dari Jeli, kami ke Selama dulu. Pit stop rumah mak mertua sebelum balik ke BP untuk beranak. Wahaa..

Due aku 11 Mei 2015, sehari sebelum 11 Mei tu aku pergi kencing, pastu aku tak tau air ketuban tu macam mana. Orang kata dia keluar tetiba. Masa nak kencing tu, x dan aku nak cangkung, dah keluar. So aku mcm blur2, ajak husband pergi hospital. Dan itulah kali pertamanya doktor melakukan penyiasatan terhadap bukaan serviks. Hoih boleh tahan sakit. HO yang buat bukan MO. Ok tak apa la part tu. Esoknya pakar datang cek, dia mcm ye x ye je aku ni. Betul ke air ketuban? sebab tak ada leaking lagi dah. Ok so boleh discharge dan diberi masa seminggu sebelum perlu menyerah diri jika tiada rasa sakit bersalin.

So pada 12 Mei 2015, lepas aku solat maghrib, tetiba aku rasa mcm 'pop' dan telekung basah. Wohaa inikah dia air ketuban telah pecah? Hah iya la. Sebab continuously leaking. Ok terus ke hospital. Sampai emergency, sementara tunggu wheelchair, terburai lagi air ketuban. Habis lencun kain aku. HAHA. Tunggu wheelchair bukan sebab aku sakit. Tak sakit lagi tapi aku x nak bergerak banyak sgt sebab for sure air ketuban akan keluar berlambak lagi. So sampai dekat labor room, HO cek bukaan serviks, katanya 3 cm. Before this kata pun 2 cm. So datang lah MO dan berkata dia mahu cek lagi sekali. Aku buat muka lemah betul la asik nak seluk2 nih. Hahaha. So MO kata still 2 cm dan dia godek2 katanya untuk bagi jalan buka lagi. Hoihhh

Esoknya pakar datang round wad dan dia kata if aku x ada rasa sakit sampai esok paginya, aku kena induce. So tak apa lah kan. Aku lagi suka cepat2 lah beranak. Esoknya jam 4.30 pagi nurse kejut nak cek CTG. Then suruh mandi siap, pukul 7 pagi nak masuk ubat untuk induce. Induce tuh masuk ubat ikut bawah ye. Kalau dah 3 kali induce, tapi bukaan x sampai 10 cm lagi, maka operate lah jawabnya. Jam 7 pagi aku diinduce. Tengah hari tu ada la rasa sakit2 sikit. Pastu husband dah x tahan nak lepak kat wad sebab dia demam. Dia kata nak balik. So ok balik lah. Then pukul 2 ptg, aku di induce kali kedua. Lepas induce kali kedua, setengah jam lepas tu aku dah menggelupur. Aku whatsapp beliau dan berkata tolonglah datang sebab dah x tertahan sakit ini. Then nurse panggil suruh buat CTG. Aku dah menggelupur masa buat CTG tu. Sampai branula tercabut dan CTG x boleh baca sebab aku dok guling2 sampaikan satu HO ni marah aku pasal aku pegang tangan dia kuat sangat. Takut patah katanya. HAHA. Ambik ko, bukan selalu aku ada kekuatan luar biasa ni.

Then HO cek, bukaan 3 cm tapi MO suruh tolak labor room terus. Aku cakap, aku x boleh jalan dah nak ke bilik, tolong tolak guna wheelchair. Dia suruh siap2, bawak pampers baby, kencing, tanggal selipar. Sampai bilik, aku nampak laki aku, lega gila. Tapi aku nangis sebab aku dah x boleh tahan. Sakit yang x tau la nak kata.

Kemudian terus ke labor room. Aku mintak air kat satu HO ni. Nasib dia bagi sebab aku haus gila2. Pastu aku suruh dia panggil husband aku masuk, dia kata x boleh. Tunggu bukaan besar baru boleh masuk. Hampeh betul la. Patut masa aku menggelupur tu la laki kena ada. Then aku berguling2 lah berseorangan dalam labor room. Sampai nurse kata, nak jadi ibu memang macam tu. Memang sakit! Aku dok berzikir doa Nabi Yunus, selawat dan macam2 lah sambil tarik nafas hembus nafas bagi kurang rasa sakit. Contraction makin kerap sampaikan dari aku mengiring dan nak terlentang pun x boleh. Sakitttttt sangattttt. Aku mintak epidural, HO tu kata x boleh. MO x bagi. Aku minta gas, pun diorang x bagi. Last sekali, diorang inject aku kat peha kot. Tak ingat sangat sebab masa tu aku dah menggelupur macam x ingat apa sgt dan aku juga mengantuk. Bila lepas cucuk tu, lagi ngantuk, macam mamai2. Tapi bila nurse panggil "Farah Adila, tengok ni betul tak suami awak?" Aku boleh sedar dan aku angguk. Lega sangat hati bila nampak husband dah ada kat sebelah. Pastu aku rasa dah macam nak terberak sangat2. Nak terberak taik keras. Haha.. tapi aku rasa tu lah kepala baby. Tak lama lepas tu bidan suruh teran! Maka aku teran tetapi terkeluar pula suara macam orang meneran. Bukan jerit ye. PAstu bidan marah. Dia kata jangan keluar suara. Pastu husband cakap kat telinga"Farah kuat, Farah kuat" Maka aku teran lagi dan lagi. Entah berapa kali teran x ingat. Haha. Bila dah keluar kepala baby, bidan suruh rileks dulu, tarik nafas dan teran lagi. Dan lepas tu lahir lah anak kami pada jam 5.30 petang 14 Mei 2015, beserta suara tangisnya dan diletakkan di atas dada aku, kemudian disuruh bapanya utk mengazankan dan iqamatkan pada masa tu juga. Aku nampak ada air mata kat mata husband aku dan dia ucap terima kasih. Time tu aku dah lemah sebab mengantuk, lapar. Tapi dalam hati kata 'eh aku tak kena gunting ke apa?' sampailah lepas uri keluar semua, bidan kata "ok, kita nak jahit ye" dan masa tu jugak bidan tu tanya HO tu dah berapa kali dia jahit. Bidan tu kata kalau macam ni, 10 minit je aku jahit. Maka bermulalah sesi menjahit dan pengajaran oleh bidan kepada HO. Orang kata sakit gila masa jahit, aku rasa sakit bila jahit kulit luar. Mungkin dah letih masa tu, so aku x layankan sangat perasaan jahit tu. Cuma bila jahit part luar tu rasa lah juga sakitnya. Hewhewhew

Setel jahit, aku disuruh rehat. Maka tertidur lah aku di labor room dan bila bangun aku dipakaikan pad dan disalinkan kain. Sebelum tu ada lagi sesi seluk oleh HO. Mungkin dia nak cek jahitan ke apa ke aku x tau lah. Buat je lah apa yang baik pun. Setel semua, aku dipindahkan ke katil lain utk ditolak ke wad. Sebelum tu aku diberi air milo + susu. 2 kali sedut je dah habis. Lapar oi.. air milo paling sedap lah masa tu. Haha..

Kemudian nurse prepare dokumen apa tah dan aku ditolak ke wad. Masa tu nurse tu cakap "senyap pulak awak lepas bagi injection tadi. Awak mengantuk kan lepas tu? bukan apa.. beberapa hari ni ramai nak beranak mulut bising. lagi2 foreigner dari Libya la, mana2 lagi la" aku sengih je masa tu. Dalam hati.. mak oi malunyaaa. Bising sangat ke aku tadi? Huarghh tapi wa sakit, wa dah x boleh tahan wo. So kiranya alhamdulillah aku sakit contraction x lama. Jam 3 ptg masuk labor room dgn bukaan 3 cm, dan jam 5.30 petang dah bersalin. Syukur Ya Allah. Terlalu besar pengorbanan seorang ibu itu.

Buat anakku, Arissa Mardhiah,
Ibu dan ayah sayang Arissa sangat2. You will never know how much we love you.

Alhamdulillah. Begitulah. Baru aku faham macam mana ibu dan ayah sayang kami adik beradik. Kasih sayang yang tak ada batasan.

Kini, Arissa sudah 2 bulan 2 minggu. Sudah boleh meniarap. Cubaan meniarap banyak kali tapi yang berjaya baru sekali ke dua kali macam tu. Kalau mengamuk nak susu masa baring, boleh angkat kepala sendiri padahal tengkuk tu blm kuat pun. Semoga Arissa membesar dengan sihat dan menjadi muslimat yang hebat. We love you, sayang. :)

Terima kasih Allah.
Terima kasih suami.
Terima kasih ibu & ayah.
Terima kasih semua.


Arissa Mardhiah bermaksud yang kuat, yang diredhai.


Love,
Happiness

Wednesday, March 4, 2015

Random talk #6

Assalamualaikum.

Tak pernah expect akan duduk di Kelantan atau lebih spesifik Jeli. Tak pernah expect dapat peluang macam ni. Hmmm.. Thanks husband for all your sacrifice. Life is not easy. Just go through with it! Yeah!

I'm currently 30 weeks pregnant. Alhamdulillah. May Allah ease everything for me and my family. :)

Wednesday, July 23, 2014

Random talk #5 : VIVA Voce, Kahwin

Assalam..

Alhamdulillah setelah perit maung aku tempuh sepanjang buat Master ni, akhirnya aku telah melalui Viva Voce pada 10/2/2014. Pass with major correction. Major correction tu normal lah kalau ikot standard UPM. Kang kalau minor correction, takat salah grammar macam bombastik pulak kan. HAHA. Syukur sangat2 sebab dah pass viva. Tapi menghadap examiner yang adik aku namakan Mak Lampir amatlah menguji KESABARAN aku. Aku x akan lupa lah part kena bambu (basuh) selama sejam lebih dalam bilik beliau. Sampai SV aku pun naik heran apa pasal aku kena teruk gila vavis dengan examiner ni. Entah berapa kali aku leleh sebab x tahan tekanan kuat sangat. TERLALU KUAT sebab hati aku sakit dgn ke annoying an perangai beliau. No wonder orang2 jabatan x berapa gemar dengan beliau. Kawan aku jadi RA beliau juga berhenti kerja pasal x tahan. RA sebelum tu juga ramai yang quit pasal x tahan. Bila aku kena teruk macam ni, aku cakap kat diri aku, "Farah, nanti bila bila kau dah jadi pensyarah ke apa ke, kau jangan lah buat begini kat orang. Kau jadi lah pendidik yang hebat dgn hati yg ikhlas". Seriously. Kot nanti aku lupa diri, aku izinkan engkorang sembur aku dan berkata "Hoi Farah! Kau dah kenapa berlagak, annoying x tentu pasal hah? Kau x igt Tuhan ke hape?"


Setel correction, dapat sign, aku hantar terus ke GSO. Masa aku tengah serabut2 pasal correction, aku dah decide abis2 utk quit jadi RA projek DBS (Dasar Belia Selangor). Projek tu je dah tough lagi aku nak setelkan correction, mau biol aku nanti. Setel semua hal tesis, aku decide pulang ke rumah dalam erti kata lain, angkot barang semua dan back for good. Waktu tu lagi berapa minggu je aku nak kawin. Pheww mau x kelam kabut. Nasib la ibu sangat banyak tolong part goodies dan lain-lain.

Ok cerita pasal kawin pulak. HAHAH. Aku tempah catering awal pasal aku kawin waktu cuti sekolah dan orang memang banyak kawin waktu tu. Tambah lagi aku dapat harga 2013 walaupun aku kawin Mei, 2014. Harga brg makan makin naik wei. Baik korang kawin cepat. Heheh. Bab pelamin aku pakai Dedaun Bridal. Aku suka Dedaun sebab Kak Hawa ni jenis senang deal dan pelamin diorang semua vintage and rare style. back drop pelamin aku tu adalah chalk board. Tapi ramai jugak la yg mengutuk, pelamin hape kau ni? Eh sukati aku lah, aku yg nak kawin, aku yg bayar. Lagipun bapak aku cakap pelamin aku rare dan cun. See. bapak aku yg dah 58 tahun tu pun ada taste hokayy! Mulut makcik2 old style biasa lah kan nak mengutuk manjang. Pedulik! Macam aku kesah. Kohkohkoh.

Alhamdulilah majlis semua berjalan lancar. Macam mimpi aku dah jadi bini orang. Macam eh yeke aku dah kawin? Kroihhh.. Sekarang aku lah surirumah dan aku lah penganggur. Bosan gila okeh duduk rumah. Aku yg x reti duduk diam ni memang agak menderita jugak lah bila terperuk dalam rumah, buat kerja rumah sajo. Lepas raya lah aku redah je apa kerja pun. Kulim ni banyak kerja je kat Jobstreet tu tapi satu hapak pun x pernah panggil aku pegi interview. Aku ada apply ke UMK tapi x tau lah rezeki macam mana. Moga Allah mudahkan. Amin..

Perkhidmatan yang digunakan utk wedding aku:
1. Baju dari atas ke bawah aku tempah untuk both side - SMC Bridal Parit Raja, Batu Pahat (cantik tapi emmm) - tapi kain aku beli kat Jakel
2. Catering - Dizan Catering. Tiptop! - Peserai, Batu Pahat
3. Photog - MHP Production. Untuk macam aku yg x nak over budget, x nak album over ~recommended. - JB
4. Hantaran aku buat sendiri. Beli dulang kat Ayer Hitam. Kain satin dah ada. Lace, glue gun, bunga aku beli kat kedai jual barang kawin kat Jln Penggaram, BP.

Majlis simple yang aku nak seperti tak pakai baju grand2 sampai kena salin 2, 3 kali, tak ada kompang, tak ada tepung tawar, tercapai. Tapi kain baju aku yg peach tu x berapa puas hati pasal aku nak kain ala2 kembang2 gtew. Kohkoh. Side aku, pakai peach. Side husband aku, pakai purple.

Memandangkan aku dah lama x post gambar, so ni aku bagi tepek beberapa keping. Mihmihmih..

Tempat aku sepanjang 2 tahun lebih di IPSAS


Kaku. KAH KAH KAH

Antara member2 aku yg datang.  Ni member2 TIGS

Ni geng MEHNON. Thanks Azi datang awal sehari sebelum majlis! Sayang kau! Thanks Mehnon jadi 2nd photog!

Sekarang aku boleh pose lebih dari ni. HAHAH

Last data collection - Gelandangan di KL. Esoknya aku back for good. Bye2 UPM.

Ni aku tempah dengan kawan aku. Dia memang meniaga jual benda2 ni. 2 bantal ni RM50.

Alhamdulillah. 

Akhirnya. Benda yang buat emosi dan hormon aku kejap betul kejap tak betul. Oh kerja! Come to me. Uhuk!

Thursday, July 17, 2014

Catatan 1: Kerjaya Pertama



Beberapa hari sebelum Majlis Konvokesyen, saya telah ditawarkan bekerja dengan salah sebuah institusi perbankan di Kuala Lumpur. Pada ketika itu usia saya 22 tahun dan jawatan yang ditawarkan adalah Eksekutif Sokongan Kredit yang terletak di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Saya menerima jawatan itu dengan hati yang terbuka dan teruja kerana pada ketika itu masih ramai rakan-rakan saya yang belum lagi memperoleh jawatan tetap seperti itu. Namun, itu bukanlah sesuatu yang mudah bagi anak gadis yang masih dikira mentah yang berasal dari sebuah daerah ‘sub urb’ di negeri Johor. Tetapi saya kuatkan juga hati dan bertolak dari kampong halaman dan memandu sendirian dengan meminjam kereta ibu saya bersama beberapa helai baju kerja bersama barang-barang keperluan lain. Pada waktu itu juga, saya masih belum mempunyai rumah sewa dan telah memutuskan untuk menumpang sahaja di rumah sewa rakan yang berada di Serdang. Beberapa minggu juga saya hidup menumpang belas ikhsan rakan sebelum mendapat rumah sewa baharu.

Minggu-minggu awal memulakan kerjaya bukanlah mudah seperti yang diharapkan. Saya mengalami kesukaran untuk mengadaptasi cara hidup dan cara kerja yang jauh dari jiwa saya. Saya bencikan kesesakan kota. Apa yang wajib saya tempuh setiap hari bekerja adalah memandu dari Serdang ke Stesen LRT Sungai Besi, kemudian terus ke Stesen LRT masjid Jamek dengan transit aliran ringan itu. Itulah rutin saya setiap pagi hari bekerja. Setelah tiba di pejabat, saya bersarapan dan kemudian mendengar taklimat pagi sebelum memulakan tugas. Tugas di institusi perbankan berhadapan dengan komputer dan dokumen setiap hari sememangnya sukar bagi saya pada ketika itu. Saya tertanya-tanya apakah yang Allah sedang rancangkan untuk saya? Sampai bila saya harus melaui rutin kehidupan sebegini? Mendengar keluh kesah rakan kerja lain membuatkan saya berfikir dan terus berfikir, apakah saya mahu rutin hidup begini yang bukan mengena dengan jiwa saya ini sampai pencen? Semestinya saya kata TIDAK. Saya tidak mahu rutin harian saya sebegini rupa. Duit gaji berkepuk tetapi hati tidak gembira. Untuk apa?

Setelah lebih kurang sebulan saya bekerja, sepupu saya yang saya panggil Angah membantu saya mendapatkan rumah sewa di sekitar rumahnya di Bandar Tasik Selatan. Jasa Angah dan isterinya membantu saya mendapatkan rumah sewa amat saya hargai kerana saya tidak perlu lagi memandu dari Serdang untuk ke stesen LRT. Saya menyewa sebuah bilik kecil yang pada ketika itu harganya RM150 sebulan di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Selatan. Angah ini adalah sepupu saya dari sebelah ibu tetapi dia membesar di Negeri Sembilan. Kami kurang rapat oleh kerana jarak usia yang terlalu jauh dan jarang berjumpa juga menyebabkan kami kurang bersembang. Mujurlah isteri Angah itu peramah orangnya. Jadi kuranglah segan saya untuk bersembang bersama mereka. 


Sejak berpindah ke rumah baru, saya hanya perlu memandu ke Stesen LRT Bandar Tasik Selatan dan terus mengambil LRT ke Stesen Masjid Jamek. Begitulah rutin hidup saya sehingga Februari 2011 sebelum saya memutuskan untuk meletakkan jawatan. Mujur hasrat saya itu diterima oleh ayah dan ibu serta tidak mendapat bantahan majikan di tempat kerja. Saya memberi alasan yang saya mendapat kerja baru di daerah kelahiran saya. Keresahan dan kesukaran mengadaptasi kehidupan di kota yang selama ini saya tanggung telah hilang sebaik sahaja majikan saya meluluskan hasrat saya untuk meletakkan jawatan. Maka bermulalah kehidupan saya sebagai penganggur untuk kesekalian kali lagi.   

Wednesday, March 26, 2014

Random talk #4

Assalamualaikum.

Semalam saya ke PUSPAKOM Batu Pahat dan sampai sahaja di sana, oh baru saya perasan, dalam ramai2 customer, saya SEORANG sahaja perempuan. Sehari sebelum tu, ayah teman saya ke PUSPAKOM untuk booked tarikh. Ayah hanya tunggu di kereta dan ayah suruh saya pergi sendiri. Ayat biasa ayah, "OK, pergi turun tanya, usaha sendiri, belajar. Kalau tak, tak tahu". Dari kecil lagi sudah di trained begitu. Maka, saya dengan sendirinya berani dan cuak sikit lah kadang2 tu. Tapi saya tidak suka lelaki pengecut dan pemalu. Come on guys, perempuan pun berani.

Ok, tu je nak cerita. HAHA